Tanda-Tanda Masalah Angin Pada Pesakit Gastrik Gerd

Please follow and like us:

Kenapa jantung jadi berdegup laju, sesak nafas, nafas tak lawas. Susah nak tido dan serba tak kena.

Di tambah lagi pula;

  • Risau-risau. Panik tiba-tiba.
  • Asyik berfikir tak henti. Negatif saja fikirannya. Kadang fikir nak M**i.
  • Cepat sentap dan sensitif senang marah.
  • Sakit-sakit badan, berdenyut-denyut,sendi berbunyi-bunyi.
    Badan lenguh tak bermaya.
  • Sebu ulu hati/dada ketat/ refluks – makanan keluar balik.
  • Sendawa banyak. Kentut pun banyak. Perut berbunyi-bunyi tanda aktif.
  • Sembelit, tapi bila salah makan jadi cirit-birit pulak.
    Contohnya bila makan cili atau belacan.

Kadang bila GOOGLE. Simptom macam ada masalah jantung, macam ada kanser perut..
Tapi bila check doktor, ok pula..

Mulalah fikir, mungkinkah ada gangguan dan sebagainya?

Ramai juga ahli group GASTRIK, GERD ANXIETY yang tanya soalan macam ni.

Simtom di atas ini orang tua-tua dulu panggil penyakit ANGIN.

Penyakit ni ada sikit gabungan perut (termasuk usus serta salur pernafasan) dan masalah gangguan mental.

Biasa penderita penyakit “angin” ni, mereka paling takut bila kena sakit jantung atau kanser. Sebab simptom yang dialami macam sakit jantung atau kanser.

Sebaiknya buatlah ujian, daripada kita berteka teki di rumah. Untuk elakkan kemudaratan yang lebih besar.

1) Jika macam ada sakit jantung. Sebab simptom banyak pada dada. Jadi ujian yang dikenakan adalah X-ray, ECG, stres test, ujian darah.

2) Jika macam sakit kanser. Ini lagi menakutkan kot. Lagi-lagiyang google sakit perut berkait kanser perut, ada juga kanser tekak. Jadi buatlah ujian darah untuk kanser, Scope atas (OGDS), scope bawah (Colonoscope).
.
Jika ujian jantung dan kanser adalah negatif? Doktor kata tiada masalah.
.
Usahlah terus menuduh ini angkara jin atau sihir si pendengki.
.
Ia sebenarnya mungkin disebabkan satu bahan kimia saraf di dalam badan.

Bahan kimia saraf ini ialah HISTAMIN.
Dan ia ada di seluruh badan kita.

Bila HISTAMIN ini tinggi disebabkan makanan atau dari persekitaran. Ini jadikan badan kita jadi SENSITIF.

Penyakit ini biasanya ada pada keluarga yang ada seperti ekzema, asma, resdung, migrain, senggugut teruk, gastrik, GERD, thyroid.

Jadi,
PENYAKIT ANGIN = MASALAH HISTAMIN
MASALAH HISTAMIN = ELERGIK , GASTRIK, GERD dan lain-lain.

Cuba kita lihat apa jadi bila berlebihan bahan kimia saraf histamin di kawasan tertentu.

SENSITIF PERUT

1) Asid perut meningkat. Air liur juga jadi banyak.
2) Menggerakkan pergerakan otot pencernaan, maka jika berlebihan: Menghasilkan gas (kembung). Usus bergerak laju, air dan zat tak serap maka jadilah cirit birit.
3) Tekanan pada injap perut-esofagus (LES) yang kawal bukaan isi perut meningkat.
4) RASA TERCEKIK. Bila salah makan, rasa tercekik kat kerongkong. Bila banyak sangat bahan kimia ni dalam badan, minum air pun selalu tercekik dan tersedak.
4) Bengkak di mana-mana salur pencernaan.
5) Gastritis. Ulser mulut, perut, duodenum, usus macam UC.
6) Berak berdarah macam orang ada IBD, Diverticulitis, ulser perut juga. Buasir.
6) Loya dan rasa nak muntah selalu.

PERNAFASAN

1) Salur nafas jadi sempit. Nafas jadi tak lawas dan mudah mengah tak cukup oksigen.
2) Kahak jadi banyak.
3) Salur pernafasan meradang dan bengkak.

  • Hidung boleh bengkak atau ada kutumbuhan.
  • Hingus pun jadi banyak.
  • Sensitif hidung, bersin dan gatal-gatal.
  • Boleh jadi radang sehingga sinus dan terkena kuman (sinusitis).
    .
    .

Jemput baca juga, picit link di bawah

Klik link >> Bagaimana cara merawat masalah angin secara fitrah dan alami

JANTUNG

  1. Rasa berdebar-debar @ palpitation.
  2. Lari ritma jantung juga. Contohnya: SVT, drop beat dan sebagainya.
  3. Tekanan darah naik sebab bahan kimia ni naikkan radang seluruh badan. Bila salur darah bengkak-bengkak dan sempit, tekanan naik.
  4. Tekanan darah jatuh mendadak: Histamin ni juga boleh kembangkan salur darah cepat-cepat. Kita rasa nak pitam.
  5. VERTIGO
    .
    .

OTAK & JIWA

1) Sikit-sikit risau. Boleh jadi panik
2) OVERTHINKING. Tidak dapat buat keputusan. Tiada pendirian.
3) Darah gemuruh
4) Obses dengan sesuatu.
5) Terlalu kreatif kerana banyak persepsi dan perspektif akan timbul dengan peningkatan histamin.
6) Cepat sentap dan pemarah
7) Cepat putus asa.
9) Emosi Tidak stabil. Tiba-tiba syahdu tak tentu pasal dan menangis. Tiba-tiba mood bertukar sepantas kilat jadi happy.
10) Blurr… Terutama bila kena soal atau digertak.
11) Susah tidur. Bahan ini memang susahkan tidur. Doktor ada beri ubat untuk kurangkan bahan saraf ini supaya mudah tidur.
12) PELUPA
13) Terlebih MANJA. Tak boleh berpisah daripada si dia… Dengan mak, atau bini.
14) Tidak boleh berpisah daripada sesuatu tempat sudah biasa juga. Kampung halaman asyik nak balik rasanya. Tak boleh tidur tempat yang tak biasa..contohnya hotel masa travel.
15) Pertuturan terjejas. Terlupa apa yang dituturkan sebentar tadi. Otak berfikir lebih laju daripada lidah. Adakala gagap.
16) Pembelajaran terganggu. SLOW LEARNER.
17) Pergerakan cuai. Tersadung, pegang barang boleh terlepas.
18) Susah tidur awal dan kerap terjaga.
.
.

SARAF

1) Kebas-kebas semut menjalar sepanjang saraf tangan dan kaki. Mungkin berpunca dari bengkak di tengkuk atau bahu. Kebas bawah kaki pula mungkin bengkak tulang belakang bawah atau lumbar
2) Sensitif sejuk atau panas. Terasa badan sejukk atau panas.
3) Gatal atau ruam.
4) Gangguan suhu badan : terlalu sejuk/panas.
5) Gangguan selera : Asyik nak mengunyah (pantang tengok makanan terutamanya yang manis) atau hilang selera.
.
.

SENDI & OTOT

  1. Restles leg – kaki tak reti duk diam asyik goyang saja, terutama bila tengah stres histamin ini meningkat. Kaki jadi lebih kuat goyang sampai bergegar meja. Untuk anak dara nampak kurang manis.
  2. Tic – Habit @ pergerakan yang tak dapat dikawal. Seperti kenyit-kenyit mata tanpa dapat dikawal. Asyik betulkan kolar baju.. rasa rimas kat leher dengan baju. Pundi kencing mungkin rasa penuh.. Jadi asyik nak ke toilet saja.
  3. Ligamen mungkin mudah longgar. Mudah mendapat kecederaan lutut, bahu, siku, ankle belakang.. Rahang pun boleh terseliuh bila bahan saraf kimia ni tinggi.
  4. Berisiko sakit belakang tengkuk seperti masalah cervical atau lower back..sakit pinggang macam slip disc.
  5. Lutut dan sendi bahu sangat mudah berisiko kecederaan dan akhirnya menjadi osteoarthritis.
    .
    .

SALUR DARAH DAN PEMBEKUAN DARAH

1) Lebam pada badan, bukan sebab hantu hisap ya.. Mungkin sebab kurang vitamin C atau masalah angin juga.
2) Bintik merah di kaki. Petechiae
3) Bintik merah macam tahi lalat kecil macam pecah darah. Di Tangan atau bahagian dada dan belakang.
4) Hidung berdarah. Biasanya berlaku pada yang dah ada resdung.

Pesanan

Jika ada masalah di atas, sebaiknya jumpa doktor untuk sahkan masalah sebenar anda. Elak mendiagnos diri sendiri. Jika doktor sahkan anda ada gastrik atau angin. Anda boleh memilih untuk cuba kaedah PROTOKOL REDOX. 🙂


JADI, BAGAIMANA CARA ATASI MASALAH ANGIN INI?

Klik sini>> 5 Langkah Baiki Perut Untuk Atasi Masalah Angin

16 thoughts on “Tanda-Tanda Masalah Angin Pada Pesakit Gastrik Gerd

  1. Sya afiq dari rawang selangor sya mengalami angin dan gastrik badan sya tak tentu kadang2 lemah lesu mudah letih nak tido pun agak sukar waktu siang & malam adakah sya mengalami angin dalam bdn yg agak teruk.kepala pun pening² melayang kadang² rasa nak jadi kemurungan pun ada bila sya dpt rasakan.

  2. Ada jugak rasa tidak selesa bahagian dada, selalu nak sendawa, ingat jantung tadi selepas jumpa doktor katanya angin.

Leave a Comment

Enjoy this blog? Please spread the word :)