Kemandulan Disebabkan Jin Dan Kekurangan Oksigen
![](https://eat4brain.com/wp-content/uploads/2021/04/eat4brain-dr-mira-bajirova-keguguran-dan-masalah-kesihatan-kekurangan-oksigen-edited.jpg)
Pada pendapat saya, jarang-jarang ada seorang doktor bercerita tentang masalah kesihatan dan mengaitkan ia dengan jin. Itu antara 1 sebab kenapa saya ambil buku ini untuk dibaca.
Infertility Caused by Decreased Oxygen Utilization and Jinn (Demon) ditulis oleh Dr Mira Bajirova. seorang Associate Professor, Consultant IVF, dan doktor Ob-Gyn yang berkhidmat di Paris.
Setelah habis baca 3 bab, saya rasa info dari buku ini sangat jarang didengar oleh orang. Kerana itu saya mahu menulisnya disini.
2 Kisah Wanita Berjaya Mengandung Dengan Hanya Terapi Ion Negatif
KES 1
Seorang wanita berumur 33 tahun mempunyai masalah ovari. Rawatan IVF dijalankan di beberapa negara juga gagal. Selepas 3 jam berbual dengan wanita ini. Dr Mira cuba menerangkan kaedah natural untuk mengandung. Iaitu dengan kaedah terapi ion negatif.
Dan terapi ini tidak memerlukan kos yang tinggi. Hanya dapatkan peralatan yang membebaskan ion negatif dan kerap ke pantai.
Walaupun pada awalnya pasangan ini pelik dengan cadangan Dr Mira. Selepas 45 hari, tanpa IVF wanita ini telah mengandung.
Kes 2
Seorang lelaki muda menghubungi Dr Mira bertanya tentang IVF. DrMira nasihatkan lelaki ini mencuba terapi ion negatif.
Masalah ketidaksuburan disebabkan sperma yang tidak normal. Selepas sebulan menjalan terapi ion, isterinya mengandung.
Masalah Kesihatan Disebabkan Oleh Kekurangan Penggunaan Oksigen
Kenapa boleh berlakunya kekurangan oksigen?
Sebab ion positif dari persekitaran.
Dimana lambakan ion positif ini berlaku disebabkan oleh perbuatan manusia terutama di kawasan bandar.
Apakah Ion Positif Dan Kesannya Pada Manusia?
Positif ion adalah atom yang kehilangan elektron. Menyebabkan ia menjadi cas positif.
Apa yang saya faham dari buku ini, lambakan ion positif menyebabkan kekurangan pengambilan oksigen. Kekurangan oksigen menyebabkan banyak radikal bebas dan berlakunya pengoksidaan.
Persekitaran yang tinggi ion positif biasanya seperti bangunan, bahan perabot, medan elektromagnet(emf), aircond, plastik, kimia, pakaian, dan makanan tidak sihat.
Setengah pengkaji menamakan keadaan lambakan ion positif ini sebagai “The sick Building Syndrome”. Sindrom bangunan sakit.
Apakah kesannya pada manusia?
Kesannya, kita akan rasa letih, kurang tenaga, lemah imuniti, tekanan stress, anxiety, depression, sakit kepala, gugur rambut, alergik, penuaan, keguguran dan banyak lagi.
Kisah saya dulu. Saya menyertai 1 seminar marketing. Dan dalam seminar itu diwajibkan setiap peserta memiliki 1 modem internet untuk disambung pada laptop. Kerana mereka tidak sediakan wi-fi untuk kegunaan peserta.
Bayangkan dalam 1 dewan, ada 30 pelajar dan hampir semua pelajar mengunakan wi-fi. Baru 1 jam kelas berlangsung saya mula pening-pening, letih dan resdung. Seminggu kemudian saya mengalami keguguran.
Saya tidak pasti jika ia puncanya. Tapi saya perasan sejak dari situ, saya sangat sensitif dengan kawasan yang tinggi medan elektromagnet. Tangan jadi kebas, jantung berdegup kencang, letih, sakit belikat dan emosi juga celaru.
Biasanya masalah sebegini tidak dapat didiagnos oleh doktor. Dan tidak dikesan sebagai penyakit. (Jangan pergi jumpa bomoh sudahlah)
Tanda-tanda juga macam masalah angin kata orang tua-tua. Ya, ia juga masalah angin.Apa tanda-tanda masalah angin? Boleh klik link dibawah
>> Tanda-tanda masalah angin biasa pada gastrik, Gerd dan alahan
Menurut Dr Mira, rawatan terbaik untuk kekurangan pengambilan oksigen ini adalah dengan meningkatkan pendedahan pada ion negatif.
Apa itu ion negatif? Macam mana nak dapatkan ion negatif?
Rawatan Ion Negatif
Apakah Ion Negatif? Ion negatif adalah atom yang berlebihan elektron. Menyebabkan ia bercas negatif.
Ion negatif bantu meneutralkan radikal bebas dan menghalang pengoksidaan. Dan ia bantu meningkatkan sel metabolisma, naikkan imun sistem, sistem saraf, penghadaman dan banyak lagi.
1 kajian yang dijalankan oleh Dr Noboru Horiguchi. Banyak Ion negatif dibebaskan ketika hujan lebat dan disekeliling air tejun. Anda perasan? Bila waktu hujan lebat atau duduk di sebelah air terjun kita rasa tenang dan bersemangat.
Kaitan ion negatif dan jin?
Dalam Al-quran ada tertulis,
Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).
(Al Anfaal 8:11)
Hujan mengandungi tinggi ion negatif. Jin syaitan atau dalam sains ia digelar Plasma-beast adalah makhluk yang terdiri daripadaa ion positif boleh di halau dengan ion negatif.
Baca juga : Gandum Akhir Zaman ( seitan dalam gandum)
Kawasan Dan Peralatan Yang Tinggi Ion Negatif Dan Positif
Ion Negatif | Ion Positif |
Hujan, guruh | Penghawa dingin |
Air terjun | Lapangan terbang |
Laut | Pencemaran Udara |
Sungai | Mall |
Gunung | Metro |
Hutan | Bangunan |
Taman | Bahan perabot |
Penapis udara dengan ion negatif | TV, radio, peti sejuk, Microwave |
Katil dan cadar ber ion negatif | phone, wi-fi, laptop |
pakaian ber ion negatif | merokok! |
napkin ber ion negatif | minum arak |
energy stone dengan ion negatif | Makanan tidak sihat |
Mandian ion negatif | Kurang tidur |
lampu garam himalaya | Gua, bawah tanah |
Garam himalaya | kawasan pembinaan |
Air alkali dengan ion negatif | Penjara/ruang terkurung |
Tensor ring | Pejabat |
kelab malam | |
sesetengah rawatan, seperti kemoterapi |
Jadi sebab itulah bila kerja di pejabat kita rasa letih, penat dan bagi mereka yang memang kurang sihat akan jadi lagi teruk bila ke kawasan tinggi ion positif.
Terapi Ion negatif sangat sesuai untuk mereka yang mengalami lemah semangat, tekanan perasaan, depression dan sedih.