gerd gastrik angin

5 Langkah Baiki Perut Untuk Atasi Masalah Angin Gastrik

Kembung perut, sakit urat dan tengkuk, dan macam-macam lagi. Orang dulu-dulu panggil ini masalah angin. Orang sekarang panggil masalah histamin intolerance.

Masalah histamin ni biasa dihidapi orang yang ada masalah gastrik, GERD, ekzema, resdung,asma dan lain-lain.
Macam mana nak tahu kita ada masalah gastrik? Sebaiknya jumpa doktor berhampiran.

Sebelum kita berfikir cara mengatasi masalah angin, kita fahamkan dulu APA PUNCA MASALAH ANGIN?

Kerana masalah angin ini tidak akan selesai dengan sekadar makan ubat untuk hentikan simptom.

Tiada simptom tidak bermakna anda sudah sembuh. Kerana akan tiba masanya masalah ini datang kembali.

Bila masalah angin akan datang? Apabila histamin(bahan saraf) ter’over’ bertindak.

Masalah angin PUNCA DARI PERUT. Walaupun sakitnya di dada, di bahu, di kaki, di kepala. Kalau ia disebabkan histamin intolerance. Maka ia berpunca dari masalah perut.

Kenapa perut?

Kerana bahan semula jadi yang dapat menguraikan bahan saraf histamin hanya dihasilkan dari lapisan perut.

Nama bahan itu adalah enzim DAO. Diamine Oxidase Enzyme.

Tetapi masalah timbul apabila lapisan perut kita tidak dapat hasilkan enzim ini.

Maka, histamin akan terus berleluasa tanpa kewalan. Ini menyebabkan keradangan berlaku.

Keradangan yang bagaimana?

Baca dan klik sini >>
Tanda -tanda anda Mengalamami Masalah Angin

Biasanya di klinik anda akan diberikan ubat antihistamin, antacid untuk meredakan keradangan.

Tapi, sampai bila harus hidup dengan mengambil ubat? Dan ubatan ini cuma hanya menutup simptom, tidak merawat masalah sebenar iaitu perut?

Dan perut yang bermasalah boleh membawa 1001 penyakit. Termasuk kronik dan penyakit misteri.

JADI BAGAIMANAKAH CARANYA MEMBAIKI PERUT?

Ada 5 prinsip functional medicine. Dan ia diubahsuai dan dipraktikkan dalam protokol redox Dr Hafiz Sulaiman.

1) REMOVE

REMOVE menu makanan atau perkara yang boleh menaikkan histamin.

Ada jenis makanan perkara perlu di elakkan.
1 Makanan tinggi histamin
2 Bahan atau perkara pembebas histamin keluar dari badan
3 Bahan yang menghalang pengeluaran enzim DAO (pengurai histamin)

Baik, saya ulaskan satu-satu benda ini ya..

1 Makanan tinggi histamin contohnya,

[+] CHEESE
Semua jenis cheese, Mozarella rendah histamin.
Walaubagaimanapun, elakkan semua jenis cheese buat sementara.

[+] MAKANAN DALAM TIN

[+] MAKANAN YANG DI PERAM DAN DITAPAI
Seperti budu, tapai pulut, tapai ubi, yogurt.. Dan minuman alkohol

[+] Makanan yang direndam dalam suka
Jeruk buah, buah zaitun dalam botol

[+] PROTIEN
Daging,ayam ikan yang tidak segar dan mendapat hormon atau antibiotik.
Ikan jenis isi hitam seperti ikan tongkol, cencaru, kembung.

[+] SAYUR
kentang
bendi
peria
midin
lobak putih
cendawan
kacang panjang
kacang buncis
kacang botol
petola
terung
timun
kacang peas
pucuk jagung
kubis
bayam
kangkung
petai
jering

[+] BUAH
Buahan yang dikering
tembikai
mangga
nanas
nangka
cempedak
manggis
lemon,orange,limau
kiwi
ciku
mata kucing
keladi
anggur
strawberry
kundang
durian

2 Makanan Pembebas Histamin

[+] Minuman Alkohol

[+] Pisang

[+] Coklat

[+] Susu Lembu

[+] Gandum, kenapa gandum?

Baca sini.. Gandum Akhir Zaman

[+] Kekacang

[+] Nenas

[+] Tomato

[+] Perasa tiruan, pewarna tiruan

Selain makanan, Stress berlebihan dan kurang tidur juga bantu badan bebaskan histamin.
Jadi, pantang baiki perut bukan hanya pantang makan sahaja.

3 Penghalang enzim DAO

[+] Alkohol

[+] Tea hitam

[+] Kopi

[+] Minuman tenaga

[+] Teh hijau (green tea)

[+] Mate Tea

[+] Pewangi sintetik dari pewangi, pencuci baju, syampoo dan sabun.

..

2) REPLACE

Nama lain bagi protokol redox ini adalah diet histamin rendah.
Tidak hanya fokus pada pemakanan, tapi keseluruhan tubuh badan.

Emosi
Tidur
Aktiviti
dan persekitaran.

Kita ganti makanan yang kita pantang itu dengan makanan rendah histamin dan tidak membebaskan histamin.

Jadi, apa makanan yang boleh di makan?

1 PROTIN (segar atau frozen)

Ayam
Itik
Anak kambing
Arnab
Rusa
Telur bebas antibiotik
Daging lembu/ kerbau
Ikan isi putih dan liar (bukan ternak)

2 Sayur

•sayur sawi
•sayur kailan
•sayur pak choy
•sayur bak choy
•daun sup celery
•batang sup celery
•daun ketumbar/akar ketumbar
•daun bawang
•leeks
•pea sprouts
•moringga
•carrot
•beetroots
•salad

3 Buah

•epal merah (mungkin tidak sesuai bagi keradangan usus)
•epal hijau (mungkin tidak sesuai bagi keradangan usus)
•dragon fruit
•pisang kaki
•lai
•pear
•delima india

4 Tepung

Tepung beras, tepung jagung, potato starch, tepung pulut

5 TEH

•tea chamomile
•tea roiboos ( whatsapp saya jika berminat teh roiboos, 01111 333 043)
•tea telang

Sepanjang pantang. Digalakkan buat food diary atau catatan pemakanan harian.
Untuk kenal pasti makanan-makanan yang kita alah dan tidak alah.

3) REPAIR

Baiki perut dan usus dengan nutrisi penting.

Vitamin C,
quercetin,
magnesium,
vitamin D,
zinc dan glutamine.

Klik sini jika serius ingin tahu apa itu redox ultra

magnesium oil
RM70

4) REINOCULATE

Langkah suburkan semula usus saya cadangkan anda lakukan ketika masuk fasa kedua dalam protokol.
Ini bagi mengelakkan berlakunya sindrom berlebihan bakteria pada perut dan usus kecil. Iaitu SIBO.

Suburkan perut dan usus dengan probiotik, prebiotik, enzim dan makanan-makanan yang baik dan untuk perut dan usus.

5) REBALANCE

Apabila anda sudah melalui fasa REMOVE, REPLACE, REPAIR dan REINOCULATE. Anda sepatutnta sudah berasa selesa dan simptom keradangan juga berkurangan.

Apabila perut sudah sihat, sebaiknya anda teruskan amalkan hidup sihat dan mengikut fitrah badan.

Tubuh yang dimiliki kita ini hanyalah pinjaman dari Allah semata-mata. Ia wajib dijaga, dipelihara dan dilarang dari sakiti ke atasnya.

Firman Allah S.W.T:

۞ یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِینَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدࣲ وَكُلُوا۟ وَٱشۡرَبُوا۟ وَلَا تُسۡرِفُوۤا۟ۚ إِنَّهُۥ لَا یُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِینَ

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”

[al-A’raf: 31]

beli redox ultra

18 thoughts on “5 Langkah Baiki Perut Untuk Atasi Masalah Angin Gastrik

  • MUHAMAD NAJIB BIN SARIP

    Salam,ibu saya ada masalah penyakit gastrik, lidah dan dada kadang kala rasa panas,perut pon sakit,rasa lapar selalu,

    Badan sakit2, lesu,lemah kaki,sering rasa gelisah,sensitif,sering sakit pada bahagian belakang, rasa gelisah

    Adakah ini juga berpunca daripada masalah penyakit angin

    Puan Laila,bagaimana cara untuk saya hubungi puan,bolehkah puan bantu ibu saya?

    Reply
    • masalah angin ni istilah orang dulu2. sekarang ada perawat yang panggil masalah histamin. tapi kalautanya doktor mngkin mereka pening bila orang kata masalah angin. sudah dapatkan diagnos dari doktor? seeloknya jumpa doktor dulu takut ada masalah lain… boleh saja hubungi saya 01111333043. whatsapp lebih mudah.

      Reply
  • norizan binti zainudin

    assalamualaikum saya nak bertanya lebih lanjut tentang gastrik ni..mungkin tanda2 awal sudah ada..tapi tidak perasan.macam angin dalam badan. kembung perut dan sendawa..kuat makan tapi kadang kala tidak ada selera makan.

    Reply
  • Salam pn, nak tanya adakah sy mengalami mslh angin,sy mmg kerap sendawa, x boleh salah mkn, pasti sendawa,kembung perut, dah byk kali pergi klinik, buat ecg, ok, ambik bacaan gula ok, tekanan darah pun ok, tu yg sy pening, mcm mana nak hilangkan mslh angin sy ni.

    Reply
    • gula ok, tekanan darah ok..mungkin gastrik. kalau doktor sahkan gastrik, boleh cuba amal redox ultra dan magnesium

      Reply
    • Assalam.. Saya memang ada masalah gastrik dari umur 19 hingga la skrg, 32. Bayangkan tahun 2009 start dapat gastrik teruk hingga la skrg 2022.. Muntah ada darah beku, tiada selera makan. Tapi saya ni kuat merokok, makan sarapan mee goreng, makanan tengah hari jam12 kdg² lewat sampai jam1.. Petang makan memang tkde, jam8 malam baru dinner.. Hampir setiap 3 bulan saya ke hospital untuk dptkan rawatan gastrik, dan paling sinonim rawatan saya dpt adalah suntik.. Ubat yg magnesium dan ubat ulser serta ubat muntah.. Apa solusion?

      Reply
  • Alif

    Assalamualaikum puan. Sy sakit blkg kiri & rusuk kiri. Bla mkn sblh kiri rusuk rse sakit masa telan mknan.perut kerap kembong.Baru2 ni ada cm sesak nafas.. Ecg OK, darah OK, doktor kata tanda2 Gerd.. Sy tk hisap rokok, alkohol pun tk. Tq

    Reply
    • Waalaikumussalam.. saya pun x hisap rokok. Alkohol pun lagilah tak. Tapi kena GERD juga. Takpelah, Allah nak saya belajar apa makanan yang sihat dan tak sihat. Alhamdulillah, jaga makan saya semakin sihat sekarang

      Reply
  • assalamualaikum , saya asyik sendawa je , buang angin kdg ii je …mmg tak selesa .. malam malam time nak tidur rasa nafas tak lepas , regangkan badan sikit terus keluar sendawa besar dari perut baru rasa cam boleh nafas balik . lpstu baring dalam 1-3 minit jadi balik … kerap kali jadi .. n saya tak selera nak makan tapi mulut asyik rasa nak makan benda manis je … patut ke saya pergí klinik ? bulan 8 aritu dah pergi doktor kata Gerd….. hmm malulaa nak pergi lagi

    Reply
    • yup itu masalah angin. Mulut nak makan benda manis saja tanda kita ada stress dalaman.

      caranya
      1 jaga makan, ikut fitrah badan
      2 supplemen, saya cadangkan redox ultra dan magnesium

      Reply
  • Tahu tak senarai makanan apa Yang kena elak Dan apa Yang perlu makan..sya sekarang makan bubur je dengan ayam rebus ..sebab kalau makan lain confirm Malam tak boleh tidur dada panas..Dan minuman apa Yang baik? Sya minum yogurt Dan air kelapa .ok ke Tu Dan kadang kadang petang Saya makan oat tak nak bagi lapar perut

    Reply
    • biasa dekat pelanggan saya, saya x sarankan ambil bubur.. elok ambil nasi lembik je. yogurt utk permulaan pun saya x galakkan. air kelapa ni ikut orang. saya tak pass minum air kelapa. mmg lepas kopek kelapa minum terus jadi angin. oat juga saya x saran. better ambil flaxseed atau buckwheat.

      komen kat sini mmg lambat saya nak reply.sebab nak buka laptop baru nampak org tanya2.
      follow je fb profile saya Laila Raihana. komen kat mana2 post saya dan tanya..

      fb page saya Baiki Perut Dengan Redox Ultra

      Reply
  • izman faizy bin embong

    salam..macam mana sy nak dapatkan redox ultra.. masalah angin..sedawa kerap.. kembong perut dan sebagainya

    Reply
  • Jafra

    Saya ada gastrik dan selalu pening pening macam dalam boat apa obat nya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *