NyanyukTips Otak Saraf SIhat

5 Minuman Resepi Mudah dan Sedap Bantu Elak Nyanyuk

Ramai sudah tahu,
makanan tinggi DHA baik untuk otak.

Makanan tinggi DHA seperti
ikan termenung, sardine dan salmon.

Di artikel kali ini, saya kongsi 5 resepi mudah
minuman yang baik untuk otak.

Resepi ini sangat mudah,
sedap dan sihat.

Tiada alasan untuk tidak mengamalnya
walaupun anda seorang yang sibuk.

Hanya kisar, tapis siap!


Bunga Telang (Butterfly Pea Herb)

Bunga telang biasa digunakan sebagai pewarna nasi kerabu.

Sayangnya sekarang ramai peniaga mengantikan pewarna
sintetik sebagai pewarna nasi kerabu.

Teh bunga telang dikatakan baik untuk
meningkatkan neurotransmitter acetylcholine.

Kimia ini sangat penting untuk pergerakan
maklumat antara sel –sel otak.

Resepi Butterfly Pea Tea

  • 15 Helai Bunga Telang
  • Serai diketuk ( jika suka)
  • Limau
  • Madu
  • Air panas

Cara-caranya

  1. Air panas dalam satu jag 1000ml
  2. Masukkan serai dan bunga telang
  3. Biarkan seketika, hingga air bertukar warna.
  4. Bila air sudah bertukar warna, perahkan limau.
  5. Tambah madu secukup rasa.

Luban (Frankincense)

Luban Green Hojari

Luban, apa itu luban?
Saya ada menulis panjang tentang luban disini

Klik sini >> Keistimewaan Luban Oman Gred Green Hojari

Luban bukan saja bantu elakkan nyanyuk.

Kajian mengatakan luban juga merawat nyanyuk atau dementia.
Mengurangkan simtom Alzheimer’s.

Resepi Air Jus Luban

  • 5 gram Luban ( Paling best Luban Oman Green Hojari)
  • Madu
  • Kurma dan kismis (diblend dengan air luban)
  • 1 liter Air putih

Cara-caranya

  1. Sediakan satu jag air putih, kemudian masukkan luban yang telah dibasuh.
  2. Rendam semalaman hingga air agak keruh keputihan. Kacau agar jus luban cepat keluar.
  3. Tapis air luban, elakkan getah luban masuk ke dalam bekas minuman lain.
  4. Apabila air sudah keruh, guna air untuk kisar kurma dan kismis.
  5. Campurkan madu dan kurma, kismis yang dikisar ke dalam air luban yang ditapis tadi.
  6. Sedia untuk dihidang. Boleh disimpan dalam peti sejuk.

Dark Chocolate 70% Dan Santan

Mengapa dark chocolate 70%?

Kerana, Dark chocalate mengandungi neuronutrien Flavanoid,
Niacin, Polyphenol, Tryptophan dan Catechins
 yang baik untuk otak.

Menurut Kajian di Havard Medical School,
hanya 70% Dark Chocolate mencukupi untuk
membekal neuro nutrisi ke  otak.

Jika terkurang, tidak cukup.
Jika terlebih, akan dibuang.

Resepi Hot Chocolate Bebas Tenusu 

  • 5gram Dark Chocolate 70%
  • 1 cawan Santan
  • 1 cawan air
  • Gula kelapa / gula semut
  • Serbuk kayu manis

Cara-caranya

  1. Panaskan air dan santan dalam satu pot. Perlahankan api elak santan berketul.
  2. Tambahkan dark chocolate, kacau hingga cair.
  3. Bila chocolate sudah cair, tutup air. Dan tambahkan gula secukup rasa.
  4. Hidang dalam cawan, dan taburkan sedikit serbuk kayu manis.

Jus Pegaga

GINKGO

Resepi Jus Pegaga

  • 100 gm pegaga
  • Gula semut/ gula kelapa
  • Limau
  • 2 cawan Air putih

Cara-caranya

  1. Kisar halus pegaga dengan 2 cawan air putih.
  2. Tapis, kemudian perah limau dan campurkan gula semut.

Avocado

Avocado mengandungi tinggi potassium dan vitamin K.
Sangat baik untuk kesihatan otak.

Lemak sihat dalam avocado juga diperlukan untuk pembentukan membrane sel otak.

Resepi Jus Avocado

  • Sebiji avocado
  • 1 cawan Santan yang disejuk.
  • 1 cawan Air putih
  • Gula semut/gula kelapa
  • Dark Chocolate 70%

Cara-caranya

  1. Dalam pengisar, campurkan semua bahan di atas.
  2. Kisar hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  3. Hidangkan.

Itu saja!

Terima kasih kerana sudi membaca..

Jemput share artikel ini jika anda rasa bermanfaat.

Dan jangan lupa subcribe kerana lepas ini ada banyak lagi tips dan info otak saya nak kongsikan pada anda.

3 thoughts on “5 Minuman Resepi Mudah dan Sedap Bantu Elak Nyanyuk

  • Nor Saadah Hamzah

    Assalamualaikum puan,
    Terima kasih info. Saya share ye.
    Tapi saya musykil kita yg kata kurma dan kismis tak boleh campur. Lagi satu kalau makan coklat yg biasa apa jadi ye.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *