SPEECH DELAYTips Anak Cemerlang Dan Sihat

Anak Anda Speech Delay Atau Sekadar Lambat Bercakap?

Mana-mana ibubapa akan sedih bila perkembangan anak terlambat.
Mereka mula membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang.

Lebih-labih lagi bila anak tidak bercakap.
Ada saudara-mara suka bertanya, mungkin menguris hati si ibu.

Kerisauan si ibu mula bertambah.
Lagi merisaukan bila tahu anak autisma juga tidak bercakap.

Mula lebih peka dengan perilaku anak.
Takut jika anaknya mungkin juga autisma.

Anak lambat bercakap tidak semestinya autisma.
Dan tidak semestinya speech delay.

Mungkin hanya lambat bercakap atau late talker.
Ia biasa berlaku pada anak lelaki, anak sulung, anak kembar..

Kerana itu,
ibu-ibu jangan terus panik ya..

Mereka mungkin akan bercakap dengan sendirinya bila berusia lebih 30 bulan.
Manakala, anak speech delay perlukan latihan terapi lebih terperinci.

Jadi,
Bagaimana kenal pasti anak anda speech delay atau lambat bercakap?


Adakah Anak Saya Speech Delay?

Dibawah adalah panduan untuk kenal pasti samada benar anak anda mempunyai masalah ini atau tidak.
Dari buku The Late Talker: What To Do If Your Child Isn’t Talking Yet, Marylyn C. Agin.

Tanda Yang Perlu Diberi Perhatian Pada Usia 12 bulan

  • Mudah marah dengan bunyi-bunyian yang remeh.
  • Tidak konsisten dengan babbling.(biasanya bababa, mamama)
  • Tidak respon pada panggilan atau isyarat tangan (seperti isyarat tangan “mari sini”
  • Tidak memahami bahasa, kecuali jika ia dalam konteks yang sama.
    (contohnya, pergi mendapatkan cawan jika sepatutnya dia berkata “Nak air”)

Tanda Yang Perlu Diberi Perhatian Pada Usia 18 bulan

  • Tahu kurang dari 20 patah perkataan
  • Bercakap kurang dari 10 perkataan
  • Tidak meniru sebarang perkataan
  • Tidak dengan spontannya berkata untuk menyampaikan sesuatu,
  • Perkataan tidak bertambah dari 12 bulan hingga 18 bulan

Tanda Yang Perlu Diberi Perhatian Pada Usia 24 bulan

  • Bergantung pada bahasa tangan tanpa sebarang kata-kata
  • Tidak bercakap dengan 2 gabungan perkataan
  • Bercakap perkataan yang tidak difahami
  • Echo, iaitu mengulang apa yang ibubapa cakap.
  • Tidak bercakap
  • Berkata kurang dari 50 perkataan

Tanda Yang Perlu Diberi Perhatian Pada Usia 36 bulan

  • Bercakap tanpa gabungan dua perkataan
  • Tidak mengharapkan respon dari pendengar
  • Tidak bertanya soalan
  • Sukar untuk memahami soalan
  • Selalu marah jika tidak difahami
  • Hanya ‘echo’, mengulang kata-kata di dengari. Tidak berkata apa yang ingin diperkatakan.

Anda dapati semua tanda-tanda diatas ada pada anak anda?

Apa perlu anda lakukan?


Apa Perlu Anda Lakukan?

Jika anda suspek anak anda ada criteria speech delay.

Pertama yang anda perlu lakukan adalah,
dapatkan pengesahan dari pediatrik segera.

Kerana pengesanan awal elakkan masalah pembelajaran kemudian hari.
Kerana speech delay selalunya hadir dengan masalah perkembangan yang lain.

Setelah disahkan anak anda speech delay.
Selain pendekatan latihan terapi.

Pastikan anda mendapatkan diet dan supplemen yang baik untuk anak anda.


Artikel akan datang,
Makanan terbaik untuk anak speech delay

Jangan lupa follow kami.

Jemput baca juga info berkaitan.
Luban Makanan Tambahan Anak Speech Delay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *