Keistimewaan Luban (Frankincense) Sacra Dari Oman
‘Until the day break, and the shadows flee away I will get me to the mountain of myrrh,
And to the hill of frankincense.’
Song of Solomon 4:6
Apa Itu Luban?
Untuk mereka yang belum tahu apa itu luban.
Luban atau dikenali sebagai Kemenyan Arab.
Dalam English disebut Frankincense atau Olibanum.
Sejenis getah kemenyan yang mempunyai banyak manfaat.
Untuk kesihatan, aromaterapi dan kecantikan.
Luban banyak tumbuh di kawasan tanah gurun.
Seperti India, Oman, Somalia dan Sudan.
Luban (Frankincense) kemenyan yang mahal berbanding kemenyan yang lain.
Luban digunakan sejak zaman Mesopotamia lagi.
Digunakan sebagai aromaterapi, rawatan dan kecantikan.
Dalam sejarah Kristian,
Luban salah satu hadiah dari 3 Wise Men kepada bayi Nabi Isa a.s.
Rasullulah s.a.w pernah menyarankan luban kepada ibu mengandung.
Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai perempuan–perempuan mengandung,
perkenalkan olehmu kepada anak-anak kamu LUBAN
semasa mereka di dalam perut kamu, kerana sesungguhnya
ia dapat MENCERDASKAN AKAL dan MENGUATKAN INGATAN.”
– Kitab Rahmah Thibbun Walhikmah , Imam Sayuti.
Nefertiti, isteri kepada Firaun Akenaten.
Sangat terkenal dengan kecantikannya.
Menggunakan Luban sebagai kosmetik.
Kerana manfaat luban untuk kesihatan dan kecantikan.
Permintaan luban ketika itu sangat tinggi dari golongan bangsawan.
Harga luban juga ketika itu menyerupai nilai emas.
Dan sehingga kini, permintaan terhadap luban dari seluruh semakin bertambah.
Ada lebih 20 jenis luban boleh didapati di seluruh dunia.
Tetapi setiap jenis pastinya berbeza ada kelebihan tersendiri.
Antara jenis luban yang kerap dijumpai di pasaran
- Luban Papyrifera – Sudan
- Luban Serrata – India ( Jarang jumpa, Ptar Luban adalah Luban Serrata)
- Luban Sacra – Oman
- Luban Carterii – Somalia ( Biasa dalam bentuk essential oil jenama Doterra dan Young Living)
Apa itu Luban Sacra?
Apa Itu Luban Sacra Dari Oman?
Luban Sacra hanya boleh didapati di Oman.
Ada yang keliru Luban Carterii dan Luban Sacra.
Luban Carterii berasal daripada Somalia.
5 Keistimewaan Luban Sacra
1. Kerja Penorehan Getah Luban Dikawal Ketat
Kerajaan Oman mengawal ketat musim penorehan luban.
Musim menoreh biasanya pada pertengahan awal tahun.
Hanya berlaku setahun sekali.
Jika ada aktiviti menoreh selain musimnya,
penoreh akan dikenakan denda atau penjara.
Pengawalan penorehan getah luban penting,
untuk pastikan pokok dapat hasilkan getah berkualiti.
Pokok luban yang kerap ditoreh,
akan mengurangkan khasiat dalam getah luban.
Boleh menyebabkan pokok luban mati.
UNESCO mengistiharkan Land of Frankincense di Wadi Dawkah,
sebagai kawasan khazanah dunia yang perlu dipelihara.
2. Rasa Dan Bau Luban Yang Menarik
Ramai pengemar kemenyan pasti terpikat dengan aroma bau Luban Sacra.
Rasa Luban Sacra (oman) apabila dikunyah juga boleh diterima.
Tidak terlalu pahit.
Rasa pahit akan hilang setelah seminit mengunyah luban.
Bau mulut juga menjadi wangi
3. Setiap Pengimport Luban Sacra Perlu Memiliki
‘Certificate Of Origin ‘.
Pastikan anda dapatkan Luban Oman,
dari pengimport atau penjual kecil-kecilan,
yang mendapatkan luban dari supplier luban berdaftar.
Sesetengah supplier menipu,
menjual Luban dari Sudan atau Somalia dengan harga Luban Oman.
4. Tiada Kesan Sampingan
Dilaporkan, kesan sampingan mengamalkan luban sangat kurang.
Luban dikatakan lebih selamat dari ubatan anti-keradangan konvensional.
Luban juga sesuai diamalkan oleh wanita mengandung dan menyusu.
Dua golongan yang tidak disarankan mengambil Luban.
Mereka yang mempunyai masalah kekurangan sel darah merah
dan tekanan darah yang rendah.
Namun, apapun makanan tambahan yang kita amal. Bersederhana itu lebih baik.
5. Mengandungi Lebih Tinggi Alpha Pinene Terpene
Luban Sacra mengandungi lebih 68% Alpha Pinene.
Alpha Pinene adalah Monoterpene.
Marijuana yang terkenal dengan khasiatnya,
merawat penyakit juga mengandungi tinggi Alpha Pinene.
Apa khasiat memakan Luban Sacra?
Sabar, kita kena faham Luban Sacra ada perbezaan gred
Kerana tidak semua gred sesuai untuk dimakan.
Teruskan membaca ya..
Gred-gred Luban Sacra Oman
Memang susah nak bezakan jenis luban melalui warna.
Hanya yang berpengalaman dapat bezakan jenis luban melalui rasa dan baunya.
Biasanya bau Luban Sacra Gred Green Hojari,
berbau sitrus dan manis.
Bila dikunyah, sedikit rasa pahit dan rasa ‘mint’.
Tapi harus ingat, Luban ada gred nya..
Tidak semua gred Luban adalah sama rasa, warna dan baunya..
Luban Sacra ada 4 gred.
Gred-gred ini hanya pada Luban Sacra sahaja.
Setaip Gred luban ini terhasil dari satu pokok yang sama.
Pokok muda, atau yang telah lama direhatkan.
Bila ditoreh, mengeluarkan getah Luban yang jernih kehijauan.
Itulah Luban Sacra Gred pertama,
Hojari.
Kemudian, apabila habis torehan pertama tadi,
bekas torehan itu akan menghasilkan luban gred Najdi.
Luban ini berwarna pekat kekuningan.
Masa ini getah dari dalam pokok mula keluar.
Kerana itu warnanya lebih pekat.
Kemudian, seterusnya gred yang paling rendah
iaitu Shazri – Brown dan Shabi – Black.
Warnanya lebih legap berbanding gred sebelum nya.
Kerana getah dari tengah-tengah pokok telah dikeluarkan.
Sekarang, kita sudah faham gred-gred Luban Sacra.
Luban Sacra Gred Hojari dan Najdi saja sesuai dimakan.
Sebagai makanan tambahan dan ubatan tradisional.
Gred Shazri dan Shabi hanya sesuai dibakar.
Sebagai kemenyan Aromaterapi.
Baiklah, seterusnya kita baca pula Manfaat Memakan Luban Sacra
Manfaat Luban Sacra Oman Green Hojari
(Frankincense Sacra Green Hojari)
♦ Membunuh sel kanser
Kehadiran Alpha Pinene yang tinggi dalam Luban Sacra 68%
Membuatkan Luban Sacra sesuai dijadikan rawatan alternatif kanser.
Dr Mahmoud Suhail mendapati Luban Sacra,
bantu sel kanser berhenti membiak dan mati.
Video ini adalah dari BBC News tentang kesan Luban Sacra.
♦ Menguatkan Daya Ingatan Dan Fokus
Kajian dapati Luban bantu suburkan sel otak bahagian Hippocampus.
Iaitu, bahagian menyimpan memori.
Luban juga bantu otak menyerap lebih banyak oksigen.
Dan menghentikan keradangan dalam otak.
Kerana itu, luban sangat bagus untuk meningkatkan fokus.
Saya ada menulis perkara ini lebih panjang di artikel,
Luban tingkat fokus dan memori otak
>> Klik sini untuk baca lebih lanjut..
♦ Mengurangkan Stress Dan Anxiety
♦ Anti-bakteria Semula Jadi
♦ Baik Untuk Kesihatan Gusi Dan Mulut
Luban Sacra baik dijadikan Chewing Gum.
Tanpa gula, malah menyegarkan bau mulut.
Mengunyah Luban Sacra baik untuk kesihatan gusi.
Bau mulut juga menjadi wangi seperti gula-gula Barli.
♦ Anti-Penuaan
♦Mengurangkan Pengeluaran Minyak Di Muka
Aha!
Ini dari pengalaman saya sendiri.
Dan Sabun yang diperbuat dari luban,
elok diamalkan untuk muka.
♦ Sesuai Diamalkan Oleh Wanita Mengandung
Dan Menyusu Badan.
Luban diamalkan untuk wanita mengandung sejak
zaman dahulu lagi.
Bagaimana caranya?
Apakah ada kesan sampingan?
Jemput baca artikel ini
Luban Makanan Tambahan Wanita Mengandung
Dan Menyusu
>> Klik Sini
♦ Thyroid
♦ Asma
♦ Epilepsi / sawan tarik
Bagaimana Luban baik untuk pesakit epilepsi?
Anda boleh ketahuinya dengan membaca lanjut
di Artikel “Luban Rawatan Tradisional Sawan Tarik”
♦ Nyanyuk / Alzheimer/ Dementia
♦ Melindungi Organ Hati
♦ Batu Karang Di Hempedu
♦ Batu Karang Pada Buah Pinggang
♦ Mengecilkan Cyst
♦ Merawat Sakit Sendi
♦ Migrain
♦ Haid Tidak Teratur
♦ Tekanan Darah Tinggi
Apa pula manfaat membakar Luban Sacra?
Manfaat Bakar Luban Sacra Oman
Membakar Luban di rumah beri kesan aromaterapi.
Selain mengurangkan stress, beri ketenangan.
Menghidunya juga melegakan pernafasan.
Asap luban mampu membersihkan udara,
dari bakteria penyakit seperti selsema.
Di Oman, mereka percaya membakar luban,
menghalau anasir jahat dari memasuki rumah.
Jika berlaku histeria,
biasanya mereka akan dapatkan luban untuk dibakar.
[NOTA: Luban Sacra Gred Shabi dan Shazri lagi sedap bila dibakar]
Cara Makan Luban Sacra Oman
Mengunyah Luban Sacra Seperti Chewing Gum
- Basuh Luban (Frankincense) Sacra
- Kemam dan kunyah bila lembut.
Rasa Luban Sacra sedikit pahit hanya sementara.
Kemudian rasa pedas berangin akan mula terasa di lidah.
Luban Sacra gred Green Hojari,
mudah melekat pada celah gigi berbanding luban lain.
Tapi tidak mengapa-lah, Luban Sacra baik untuk
membunuh bakteria celah gigi, dan mengharumkan bau mulut.
Meminum Air Jus Luban Sacra Oman
Gambar di atas bukan-lah air Luban Sacra Green Hojari.
Tapi mana-mana luban bila direndam,
akan bertukar warna jadi putih susu.
Caranya dengan mengambil beberapa biji luban,
rendamkan pada air kosong semalaman.
Rendam hingga air bertukar warna ke putih susu.
Kalau anda mahu cepat, goncang atau kacau air rendaman Luban.
Ataupun, hancurkan luban menjadi ketulan kecil.
Teringin nak cuba bakar Luban Sacra dari Oman ni?
Tonton video dibawah..
Cara Bakar Luban Sacra Oman
Klik video ini untuk ketahui Cara Mudah Bakar Luban Di Rumah..
Anda hanya perlukan
- Luban Asli
- Arang
- Mancis / Api dapur
- Tempat pembakar kemenyan.
Jika tiada tempat pembakar,
boleh gunakan pinggan kaca yang tidak mudah terbakar.
Anda pernah bakar Luban Sacra?
Share pengamalan anda di komen.. 🙂
Harga Luban Sacra Oman Di Malaysia?
Biasanya Luban Sacra lebih mahal berbanding jenis luban lain.
Anda boleh bandingkan sendiri harganya di eBay dan Amazon.
Di Malaysia,
Biasanya yang dijual jenis Luban Sacra Gred Green Hojari dan Najdi.
Harga Luban Sacra Gred Green Hojari hanya RM49 untuk 50gram.
Harga ini lebih berpatutan berbanding Green Hojari yang dijual di luar Negara,
Dimana nak dapatkan Luban Sacra Green Hojari? Dan Luban Sacra Gred Shazri?
Minimum 50gram hingga 1000gram.
Anda boleh dapatkannya dengan klik link ini
> Klik untuk dapatkan Luban Sacra Green Hojari
atau
> Frankincense Sacra Essential Oil
Terima kasih kerana sudi membaca.
Artikel seterusnya, Apa ‘Best’nya Essential Oil Frankincense Sacra ni?
Jangan lupa subcribe untuk tidak ketinggalan..