NyanyukTips Otak Saraf SIhat

7 Amalan Dapat Elakkan Nyanyuk Sebelum Ia Terjadi Kepada Anda

Kita semua tahu, untuk kurangkan risiko nyanyuk perlu

  • Kurangkan makanan tinggi proses,
  • Makan makanan seimbang
  • Kawal pengambilan gula
  • Belajar, membaca
  • dan banyakkan bersenam.

Tetapi di artikel ini.

Saya kongsikan 7 amalan yang mungkin anda tidak pernah dengar
ia boleh membantu untuk elakkan nyanyuk.

1) Awas Dengan Kadar Kandungan
Logam Berat Dalam Air Minuman

Untuk keperluan saraf, tulang dan hormon,
Kita perlukan sedikit amaun logam berat.

Berlebihan logam berat boleh membahayakan.
Terutama memberi kesan pada otak.

Kajian dari Proceedings of the National Academy of Sciences.
mendapati logam tembaga dalam air minuman
boleh menyebabkan nyanyuk.

Oleh itu, dapatkan penapis air yang berdaftar NSF,
untuk menapis logam berat ke paras yang selamat diminum.

2) Sebaiknya, Elakkan Mengambil Ubat Alahan
Dan Ubatan Yang Beri Kesan Anticholinergic .

Jika keadaan tidak terlalu mendesak.
Dan masih boleh menggunakan alternatif lain.

Elakkan ubat yang beri kesan anticholinergic.
Yang biasanya digunakan untuk merawat:

( Maaf saya copy paste je nama penyakit.
Takut salah bila translate melayu)

3) Posisi Tidur Yang Baik 

Semua tahu untuk menjaga otak,
perlunya tidur yang berkualiti dan cukup.

Tahukah anda?

Posisi tidur yang baik adalah mengikut
sunnah Rasullullah s.a.w,iaitu mengiring belah kanan.

pada 2015, kajian mendapati tidur mengiring dapat kurangkan
risiko Alzheimer dan Parkinson.

Ini kerana otak dapat membuang sisa merbahaya dalam otak.
Sebaliknya pula pada mereka yang suka tidur meniarap.

[Nota: Luban bantu tidur anda lebih nyenyak dan berkualiti]

4) Jauhi Racun Serangga (Pestisida)

Tidak lama dahulu, DDT penggunaan untuk racun
serangga dikatakan selamat. Tapi telah di’ban’ pada 1970an.

Kajian oleh National Institute of Environmental Health Sciences,
mendapati mereka yang Alzheimers mempunyai kadar
DDT yang tinggi dalam darah dari biasa.

Walaupun DDT sudah lama diharamkan.
Terdapat banyak negara masih menggunakannya.
Kerana ia  racun yang sah disisi undang-undang.

Kerana itu, sumber makanan harian kita mengandungi tinggi DDT.
Terutamanya makanan tidak organik.

5) Sentiasa Dapatkan Sumber Vitamin D

Kajian di UK, mereka yang mempunyai kurang vitamin D
berdepan dengan risiko tinggi nyanyuk atau dementia.

Selain dari matahari, ikan sardin, ikan termenung dan telur
mempunyai tinggi kandungan vitamin D.

Bagaimana cara kenal pasti kita ada masalah kekurangan vitamin D?

Dapatkan ujian darah 5-hydroxyvitamin D atau 25(OH)D.
Sebaiknya keputusan vitamin D melebihi 60-80 ng/mL.

6) Jaga Kesihatan Gigi Dan Gusi

senyum baik untuk otak

Sabda Rasullullah s.a.w

“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan
umatku nescaya akan aku perintahkan mereka
bersugi setiap kali waktu solat”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Di dalam kitab Mughni al-Muhtaj, Al-Sharbini menyebut
bersugi atau mengosok gigi boleh menanjamkan fikiran.

Ada satu kajian dijalan selama selama 18 tahun,
terdapat 5,500  orang dewasa.

Hasil kajian itu mendapati, mereka yang jarang mengosok gigi,
akan meningkatkan risiko nyanyuk 65%.

Bakteria dari masalah gusi, boleh merebak ke otak.
Menyebabkan berlaku keradangan dan merosakkan otak.

[Nota : Luban yang dikunyah baik untuk kesihatan gusi,
membunuh bakteria dan mengharumkan bau mulut.]

7) Makan Lemak Sihat

lemak kelapa untuk otak

Jangan takut lemak. Terutama lemak sihat.
Seperti santan, minyak kelapa, minyak olive dan banyak lagi.

Tapi takut-lah pada

  • lemak trans,
  • lemak terhidrogen
  • lemak dalam makanan segera
  • dan lemak sayur diproses.

Lemak yang sihat akan dipecahkan untuk menjadi membran sel.
Termasuk membran sel otak.

Sel membran yang sihat akan mengawal
keluar masuk bahan dalam sel.

Komunkasi antara sel otak bertindak dengan baik.
Hasilnya, otak dapat berfungi dengan baik.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Artikel akan datang.. 9 Makanan Dan Resepi Untuk Kegemaran Otak.

Jangan lupa follow ya..

 

Sumber:

Low levels of copper disrupt brain amyloid-β homeostasis by altering its production and clearance.

NSF.org

Anticholinergic

Research shows link between DDT and Alzheimer’s disease

PCBs and DDT

Dentition, dental health habits, and dementia: the Leisure World Cohort Study

Dental health linked to dementia risk: study

Eat Healthy Fats to Lower the Risk of Alzheimer’s and Dementia

 

2 thoughts on “7 Amalan Dapat Elakkan Nyanyuk Sebelum Ia Terjadi Kepada Anda

  • MARDIA

    Saya selalu lupa letak barang,ataupun barang yg sy simpan sy akan lupa di mana sy letak, apakah masalah sy Ney serius, sekrg sy baru berusia 28thn,ada ka sy tanda-tanda akan nyanyuk, tolong paham kan yea

    Reply
    • nak kenal pasti tu mmg kena jumpa perawat. tapi boleh ikhtiar dengan amal herba luban.
      Nak kenal pasti bukan dinilai pada lupa saja. perubahan emosi, personaliti, banyak lg.
      boleh whatsapp saya untuk dapatkan luban 01111 333 043.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *