Makanan Untuk Kesihatan Perut

Kenapa Gandum Sekarang Bukan Lagi Makanan Sihat?

Zaman Rasullulah pun makan roti juga, kenapa kau kata roti tak elok?”

Tersentap saya bila di tanya begitu.
Betul juga tu. Kenapa saya beriya-iya kata roti tak elok?

Sebab tak nak dituduh hanya ikut-ikut orang.
Saya pun mulakan pembacaan. Dari carian Google dan buku-buku.

Dari pengalaman saya sendiri, yang ada masalah ekzema,angin dan sakit sendi.

Setelah bebarapa bulan tidak makan roti (termasuk roti wholemeal). Banyak perubahan positif berlaku.

Bukan saja dari segi fizikal. Malah emosi juga lebih stabil.

Setelah baca artikel-artikel dan buku berkaitan.

Saya semakin yakin sebenarnya roti bukanlah kategori makanan sihat.

Kenapa saya kata begitu?
Sebabnya adalah GLUTEN.

APA ITU GLUTEN?

Perhatikan jika anda menguli doh roti.
Doh itu menjadi liat dan bersambung-sambung.

Itulah dia Gluten yang berasal dari perkataan “glue”.
Glue bahan untuk “mengikat” antara makanan.
Menjadikan roti kita lebih kenyal dan elastik.

Gluten merupakan simpanan protein tumbuhan yang dinamakan prolamin.

Prolamin merupakan protein tumbuhan yang susah dihadam dan hanya larut di dalam cecair alkohol yang kuat.

Antara prolamin di dalam makanan termasuk:
1) Gandum(glutenin & gliadin) 69%
2) Barli (hordein) 50%
3) Rye (secalin) 30-50%
4) Jagung (zein) 55%
5) Sorghum (kafirin) 52%
6) Avenin (oat) -protein minority 16%
7) Nasi (Orzenin) 5%

(nota pendek: nasi memang paling selamat kerana lebih mudah dihadam)

Jika orang dulu-dulu boleh makan gandum,
kenapa sekarang tak boleh?

Teruskan membaca.

KENAPA ORANG SEKARANG PERLU PANTANG GLUTEN?

Ada yang risau akan kurang nutrisi bila pantang roti.

Makanan yang tinggi gluten kurang nutrisi berbanding makanan gluten free.

Perkara anda perlu tahu tentang gluten akhir zaman.

1) RACUN ROUND UP

Gandum zaman sekarang kena spray dengan racun “Roundup”.

Racun round up bukan saja untuk bunuh rumput. Tapi digunakan oleh kapitalis untuk cepatkan hasil tuaian.

Sisa racun rumput tu kalau masuk perut dan usus,
Kita tak perasan sebab sikit-sikit saja..
Tapi lama lama kita jadi sakit.

2) HIBRID

Demi memenuhi keperluan manusia sejagat.
Permintaan pada gandum semakin meningkat.

Lalu gandum diubahsuai genetiknya.

Gandum zaman sekarang adalah berbaka hibrid.

Baka hibrid moden atau gandum durum ini tinggi protein gluten berbanding gandum zaman dulu.

Tengok saiz pun beza kan.

3) LEBIH TINGGI GLUTEN

Gandum yang asli kurang bergluten berbanding yang di hibrid.

Struktur “glu” dalam roti ni susah dicerna.

Gluten dalam roti membebankan dan rosakkan usus.

Struktur glu dalam roti menempel pada dinding perut. Menyebabkan perut perlu kerja keras untuk menghadam roti.

Ada kata roti tinggi fiber bagus? Mungkin ya.

Tapi tidak pada penderita perut. Tau tak kalau orang sensitif dan angin, roti fiber ini menambah kemudaratan.

Fiber dalam roti ni jenis tak larut (insoluble fiber). Fiber jenis ni keras dan boleh calarkan dan lukakan usus.

Bayangkan mereka yang perut bermasalah. Ditambah pula makanan yang kasar sukar dicerna.

Tentu saja keadaan semakin buruk.

BAGAIMANA GANDUM BOLEH MEROSAKKAN PERUT❓❗

Ada 2 cara Gluten merosakkan perut dan usus.

Gluten sukar dicerna

Gluten yang tinggi dalam gandum sukar dicerna.

Bila sukar dicerna, asid perut yang banyak diperlukan untuk menghadam gluten.

Bila sering kali ini terjadi. Lama kelamaan lapisan perut akan menghakis dan terhiris pedih.

Selain dari stresskan perut, gluten juga menyebabkan ‘leaky gut’.

Leaky gut atau kebocoran usus. Macam mana tu? Teruskan membaca.

Gluten menyebabkan kebocoran usus.

Kesan gluten pada perut masih dianggap remeh.

Sebab kesannya sangat halus. Memakan masa.

Tapi ia tetap bahaya sebab gluten ini pembuka jalan kepada toksin, makanan tak hadam dan kuman masuk je kapilari darah

Bagaimana gluten boleh menyebabkan kebocoran usus?

Gluten menaktifkan Zonulin.

Zonulin ni sejenis protin yang menyebabkan ketelapan usus kecil.

Bila zonulin dirembeskan oleh usus kecil, usus membenarkan bahan-bahan makanan yang sudah di hadam masuk ke kapilari darah.

Apabila gluten meransang pengeluaran zonulin. Lapisan usus perut terbuka dan membenarkan makanan yang tidak sepatutnya masuk ke kapilari darah.

Akibatnya, tindak balas imun berlaku.
Tidak balas imun ini berlaku dinamakan keradangan.

Keradangan ini seperti alahan, alergi, kesakitan, panas bengkak dan penyakit-penyakit.

PENYAKIT YANG DIKAITKAN DENGAN GLUTEN

Antara penyakit yang dikaitkan dengan gluten dan masalah leaky gut ini juga dikaji mempunyai kaitan dengan banyak lagi penyakit-penyakit seperti:
1) Fatty liver (hati berlemak).
2) Kembung dan masalah system pencernaan.
3) Masalah psikiatri.
4) Penyakit nyanyuk (Alzheimer)
5) Penyakit Parkinson.
6) Masalah alahan dan hipersensitif. Ekzema, asma.
7) Sakit kepala dan migrain
8) Masalah kulit seperti jerawat dan ruam.
9) Masalah tiroid
10) Masalah sindrom metabolic
11) Diabetes type 1 dan 2
12) Masalah peningkatan berat badan.
13) Sesetengah kanser seperti kanser usus dan darah.
14) Sakit sendi.
15) Spondyloarthropathy (Masalah-masalah sendi tulang belakang).
16) Kekurangan nutrisi

RASULULLAH SAW bersabda mafhumnya: 

Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk dari perutnya.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Manakala Imam Al-Ghazali RA dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din menegaskan bahawa perut itu pada hakikatnya adalah sumber segala nafsu syahwat dan tempat tumbuhnya segala penyakit dan bencana. 

Gluten merupakan sesuatu yang dipandang remeh kerana kesannya mungkin sangat “halus”,

Penyakit kemudian datang menyerang hendap di kala anda merasa anda “sihat”.

Oleh itu, pilihlah makanan yang bukan saja halal malah toyyib.

Post lain yang berkaitan

Kenapa Orang Ada Masalah Ekzema, Angin Gastrik Perlu Elak Gandum, Roti, Kek dan lain-lain

Tanda-tanda masalah angin Gastrik GERD


Anda ada masalah ekzema, alergik, angin gastrik atau GERD?
Anda patut cuba REDOX ULTRA

Klik Sini =>> Redox Ultra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *