Ekzema, Resdung, Asma, Psoriasisgerd gastrik anginMakanan Untuk Kesihatan Perut

5 Sebab Kenapa Angin Gastrik GERD Perlu Pantang Gluten

Pantang gluten ni kedengaran agak simple tapi susah nak buat. Kebanyakan orang anggap ia kurang penting sebab kesan dari gluten ni kurang ketara.
Dalam post ni, saya nak kongsikan kenapa kita patut pantang gluten. Walaupun tidak nampak tanda-tanda yang kita ada masalah dengan gluten. Tidak bermakna gluten itu selamat untuk anda selama-lamanya.
Gluten? Glu = gam, ten = protien.Gluten ni adalah protien tumbuhan bijirin. Bijirin yang palig tinggi gluten adalah

  • Gandum
  • Rye
  • Barli
  • Jagung

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pantang Gluten


1 ) Gluten Mengalakkan Berlakunya Alahan Keradangan.

Apa maksud keradangan?

Keradangan itu maksudnya gatal, sakit, bengkak, hilang fungsi, kemerahan.
Angin, alergik, ekzema, resdung itu semua keradangan.

Kenapa gluten boleh galakkan keradangan?
Padahal gluten tiada histamin.

Ini kerana, gluten boleh aktifkan zonulin. Zonulin ini tugasnya untuk buka pintu micro.
Dalam usus untuk benarkan zat-zat yang telah dihadam masuk ke saluran darah.

Jadi, bila zonulin aktif membuka pintu-pintu dalam usus.
Bahan yang tidak sepatutnya masuk ke saluran darah akan menyebabkan reaksi alergik atau keradangan.
Kembung perut, pedih ulu hati, gelisah, fikiran kabur, sakit sendi atau sakit bahu, gatal alergik semuanya berkaitan keradangan.

2 ) Gluten Terukkan Masalah Thyroid

Orang yang ada masalah thyroid akan terukkan lagi keadaan jika ambil gluten.

Gluten membina thyroid antibodi.
Imun tubuh yang aktif disebabkan kehadiran gluten akan menyerang thyroid dan gluten. Menyebabkan thyroid semakin rosak.

Kajian yang disiarkan di Pubmed, Mendapati mereka yang buat diet gluten free secara ketat dapat kurangkan masalah thyroid dengan berkesan.
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30060266/

3 ) Gluten Bantu Naikkan Paras Gula.

Gluten beri kesan yang banyak pada tubuh.Bermula dari usus, gluten menyebabkan usus menjadi telap (leaky gut syndrome)
Jurnal yang disiarkan di PMC, gluten boleh menyebabkan masalah type 1 diabetes.Keadaan pesakit type 1 diabetes semakin elok setelah diet pantang gluten.

4 ) Gluten Ganggu Hormon

Biasa jadi tak bila pagi rasa mengantuk sangat,malam pula otak ligat berkeliaran.
Ada juga mengalami gangguan haid tidak teratur, stress, dan macam-macam lagi.

Kata Dr. Vikki Petersen, gluten menyebabkan stress kepada kelenjar adrenal.
Menyebabkan keletihan adrenal, dan beberapa masalah kesihatan berkaitan hormon.

5 ) Gluten Susah Dihadam

Nama lain bagi gluten adalah Seitan.Kerana ia tinggi protin dan mineral, tekstur makanan juga seperti ayam.
Seitan ini menjadi trend penganti daging bagi pengamal vegan.

Walaupun bekalkan protin, tapi ia tidak bekalkan asid amino yang lengkap untuk tubuh.
Makan gluten sukar dihadam bagi mereka yang ada GERD, angin gastrik.Malah boleh terukkan masalah keradangan pada mereka yang ada ekzema, resdung, asma dan psoriasis.

Anda boleh tonton live Dr Hafiz tunjukkan bagaimana hasilkan seitan sambil-sambil bebel tentang keburukan gluten.
FB live Dr Hafiz Sulaiman.https://fb.watch/aSkjscC-Nu/

Manfaat DIET GLUTEN FREE Atau Pantang Gluten

Kajian yang disiarkan di Pubmed, Diet Gluten Free dapat kurangkan simtom GERD dan  gastrik.
Sebab itu bila ada masalah kaitan perut, makanan pertama anda kena jauhi adalah gandum!

Anda boleh dengar juga ulasan Dr Hafiz Sulaiman berkenaan gluten di sini

Link 1 = https://www.facebook.com/encikhafizsulaiman/videos/852890135548789

link 2 = https://www.facebook.com/redoxhq/videos/1215831815460040

Berminat nak baca lagi tentang gandum?
Artikel lain berkaitan gandum gluten

Klik Sini>>Gandum Akhir Zaman


Anda ada masalah ekzema, alergik, angin gastrik atau GERD?
Anda patut cuba REDOX ULTRA

Klik Sini =>> Redox Ultra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *