9 Tanda-Tanda Awal Anda Mungkin Nyanyuk Di Usia Muda

Please follow and like us:
Pin Share

Jika sebelum ini, nyanyuk sinomin dengan usia tua.

Jangan terperanjat,kini usia 30an 40 an,
semakin ramai disahkan nyanyuk.

Nyanyuk atau dementia adalah syndrome.
Bukan sejenis penyakit.

Syndrome nyanyuk bukan hanya pada Alzheimer.
Tetapi banyak penyakit lain yang berkaitan otak.

Rawatan awal mungkin akan mengelakkan benda buruk berlaku.
Kerana itu, ahli keluarga terdekat perlu peka perubahan pesakit.

Apakah tanda-tanda nyanyuk yang perlu diberi perhatian?


7 Tanda-Tanda Awal Nyanyuk

Jika anda atau orang tersayang mempunyai masalah lupa.
Usah terus labelkan mereka nyanyuk.

Biasanya, jika mereka ada sekurangnya dua tanda kemerosotan.

Barulah mereka sesuai dibawa ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Selain dari masalah ingatan, mereka mungkin mengalami kemerosotan
dalam:

  • Bahasa dan pertuturan
  • Komunikasi
  • Tumpuan
  • Perilaku
  • Hubungan sosial

Berikut adalah tanda-tanda nyanyuk.

1) Tidak Mampu Berfikir

Kemungkinan ada kemerosotan otak bahagian frontal lobe.
Yang terletak belakang mata, untuk mengawal fokus, berfikir dan merancang.

Disebabkan kemampuan berfikir semakin merosot.
Berfikir jalan penyelesaian semakin sukar.

Walaupun ia masalah yang mudah.
Mereka akan cepat tertekan kerana perlu berfikir.

2) Sukar Bercakap Dengan Jelas Dan Lancar

Antara tanda awal dementia,
pesakit sukar untuk memilih perkataan yang sesuai.

Ini menyebabkan mereka bercakap kurang lancar.
Bercakap dengan mereka menjadi sukar dan lambat.

Kerana pesakit asyik berfikir untuk menyambungkan ayat.

3) Daya Ingatan Semakin Merosot

Kebanyakan pesakit mempunyai syndrome dementia ada masalah lupa.
Lupa yang melampau hingga menggangu kehiduan harian.

Demensia pada peringkat awal akan sering lupa
pada perkara yang baru berlaku atau memori jangka pendek (memory short-term).

Seperti lupa dimana letaknya barang.
Lupa apa yang patut dilakukan.

Mereka juga sukar menerima tugasan baru.
Yang luar dari kebiasaan.

Kerana ia mencabar daya ingatan mereka.
Untuk mengingat SOP baru atau arahan dari ketua.

Adakalanya mereka akan mengulang-ulang perbuatan.
Kerana mereka terlupa tugasan mereka sebelumnya.

Lupa pada wajah anak, laluan yang sering dilalui
itu adalah demensia atau nyanyuk peringkat akhir.

4) Masalah Dalam Mengenali Wajah Atau Gambar

Selain tempat dan masa, wajah yang baru dikenali juga
tidak disimpan baik dalam memori otak mereka.

5) Perubahan Personaliti

Berubah daripada seorang pemalu kepada peramah.
Penyabar kepada pemarah. Cepat terasa dan sebagainya.

Perubahan ini disebabkan otak kekurangan sel-sel neuron.
Yang menjadi sebahagian kepada otak.

Perubahan sikap bergantung kepada bahagian otak yang merosot.

7) Tekanan Perasaan

Perasaan dan emosi juga dikawal dari otak.
Otak yang sihat akan sentiasa membuat pemiliknya positif dan bersemangat.

Sebaliknya pada mereka yang mempunyai masalah otak.
Seperti nyanyuk.

Kerana tekanan perasan, sukar mengawal emosi.
Ia beri kesan pada hubungan sosial dan kekeluargaan.

9) Melihat Sesuatu Yang Tidak Disitu

Ada kisah seorang anak mengadu kepada seorang doktor.
Melihat ibunya gemar duduk ditepi tingkap.

Sambil memegang cawan dan meminum.
Padahal tiada cawan yang dipegangnya.

Adakalanya bercakap-cakap sendirian.
Seperti sedang bercakap dengan arwah ayahnya.

10) Pergerakan Semakin Merosot

Seperti Parkinson dan Lewy Body.
Pergerakan yang selalunya mudah semakin sukar.

 

Biasanya orang terdekat yang terasa akan perubahan pada diri pesakit.
Jika ada sekurang 2 tanda-tanda seperti diatas.
Rawatan awal boleh membantu.

 

eat4brain-rawatan-otak

Pesakit Alzheimer biasanya mengalami syndrome Dementia.

Daripada World Alzheimer Report.
36 juta individu mempunyai masalah ‘Alzheimer’ pada tahun 2010.

Penyakit ini dijangka meningkat kepada 66 juta pada 2030,
dan terus meningkat kepada 115 juta pada 2050.

Dan dikatakan penduduk dari negara membangun,
mempunyai kadar Alzheimer yang tinggi dari negara maju.

Mengapa ini berlaku?

 


Punca Masalah Nyanyuk

Punca meningkatkan risiko Dementia / nyanyuk muda:

  • Kecederaan otak
  • Stroke
  • Tekanan darah tinggi
  • Tinggi kolesterol
  • Tinggi gula dalam badan
  • Kegemukan
  • Keradangan dalam otak
  • Tekanan atau stress
  • Gaya hidup kurang sihat

Memang menakutkan jika ada masalah nyanyuk.
Kita boleh usaha mengelakkan nyanyuk dengan tabiat hidup yang sihat.

Tetapi terdapat juga punca nyanyuk yang tidak dapat dielakkan. Seperti :

Umur
Genetik
Jantina
Kaum etnik
Syndrome Down

Walaupun begitu, risiko diatas dapat dikurangkan dengan amalan hidup yang baik.

Bagaimana Caranya?
Baca artikel seterusnya..

7 Amalan Dapat Elakkan Nyanyuk Sebelum Ia Terjadi Kepada Anda

 

20 thoughts on “9 Tanda-Tanda Awal Anda Mungkin Nyanyuk Di Usia Muda

      • Mac 9, 2021 at 2:03 pm
        Permalink

        Assmkum..dan salam sejathera..
        sy erna dr sabah..sy pernah mengalami penyakit kanser payudara tahap 3..tp alhamdulillah..semua baik baik..
        saya sdh menjalani kemoterapy Radioterapy dan minum ubat kanser selama 10tahun..disini sy ingin memberitahu..apa yg terjadi jam 10.30 pagi..sy letak gelas d atas meja dn berhampiran dgn penapis minuman..d atas penapis minuman tu..ada ubat sapu botol..tb2 botol tu jatuh dan ada sesuatu yg pecah berkecai..dan sy berfikir..apakah yg pecah td..pdahal yg pecah tu gelas..sy xingat apa yg sy letak d atas meja td..sy cuba ingat apa yg pecah td..last2 baru sy teringat yg pecah td ada lah gelas.Adakah tanda2 tu Demensia?

        Reply
    • September 7, 2021 at 1:02 pm
      Permalink

      Saya sllu lupe ape yg baru saya lakukn seperri sdh solat tp saya ingat belum solat mcmna nk mngatasinya

      Reply
      • September 8, 2021 at 9:06 pm
        Permalink

        mudah lupa sebab kurang tidur? atau keletihan? jika tidak mungkin potensi otak berkurangan. cuba amal luban green hojari. whatsapp 01111 333 043

        Reply
  • Disember 10, 2020 at 2:50 pm
    Permalink

    saya ada masalah lupa, ade beberapa memori yang saya tidak mampu ingat. dan saya juga mudah lupa dengan perkara yg baru sahaja terjadi. adakah masalah ini akan menjejaskan kesihatan saya ? adakah masalah ini teruk ?

    Reply
    • Disember 17, 2020 at 3:55 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam, sebaiknya puan jumpa perawat utk diagnos. Kadang lupa sebab penat, kurang tidur. Tp kalau teruk sgt baik di diagnos dgn perawat. Boleh whatsapp untuk rawatan alternative.

      Reply
  • Januari 20, 2021 at 1:51 am
    Permalink

    Salam puan ,sy seorang isteri yg muda .berumur 27 tahun .sy sering terlupa apabila meletakkan sesuatu barang dan sy sdiri akan merasa gelisah tidak tenteram jikalau barang tersebut tidak diletakkn tmt yg btul.sy kdg kdg sampai tk tahu dimana tgn kiri n dn kanan.sampai kene pikir.baru sebut.adakah sakit ni mmg tgolong sakit nyanyuk..

    Reply
    • Januari 28, 2021 at 8:50 pm
      Permalink

      waalaikumsalam.. kes macam ni elok jumpa doktor untuk diagnos apakah masalah sebenar. puan boleh whatsapp saya untuk ikhtiar 01111 333 043

      Reply
    • Mac 3, 2021 at 4:57 pm
      Permalink

      Saya ada masalah lemah ingatan. Saya memang perasan sejak zaman belajar lagi bilamana saya lemah untuk convey apa.yang sy terima dan apa yg ada dalam minda sy kepada org lain dgn baik. Sya juga tak boleh bagi jawapan atau opinion secara direct dan perlu melihat nota-nota yang sy salin jika ditanya. Sekarang ni, saya rasa ingatan dan fokus sy semakin merosot mgkin disebabkan sy kurang gunakan otak untuk sesuatu aktiviti aktif. Baru je balik dr analisis kesihatan dan mmg ada mention daya ingatan sy lemah. Adakah penyakit ini serius?

      Reply
      • April 7, 2021 at 9:22 am
        Permalink

        kemerosotan daya ingatan banyak faktornya.. adakala disebabkan masalah perut. apapun cuba baiki pemakanan, buat latihan otak, cukupkan tidur. sekejap lagi saya buat 1 lagi artikel bagaimana atasi masalah ini. sekarang saya tengah siapkan artikel untuk mereka yg ada masalah gastrik, dan angin

        Reply
  • Januari 22, 2021 at 11:43 pm
    Permalink

    6 bulan lepas Saya kena tahan wad kerana tekanan darah rendah, heavy bleeding dan kekurangan say besi . Kenalan rapat sering kata Saya cepat pelupa , benda baru jadi 30 minit lepas sudah lupa , kisah semalam terus tak ingat .. Saya ada masalah ke?

    Reply
    • Januari 28, 2021 at 8:53 pm
      Permalink

      assalamualaikum.. untuk kenal pasti masalah sebaiknya jumpa doktor merawat. masalah kekurangan zat besi boleh sebabkan kemerosotan otak juga. sebaiknya jumpa pakar dan bila da tahu boleh ikhtiar

      Reply
  • Januari 28, 2021 at 8:14 pm
    Permalink

    saya ad pnyakit lupa.. bnd2 yg bru jdi td.sy xigt.. bnd ni jdi.. dh hmpir 10 taun ,ssh buat sy untuk bkerja😔, mslh ni jd time sy umur 16taun. sy guna earphone . tiba2 esoknya memori sy hilng,n xigt apa yg sy buat td klu mcm ni.saya ad sakit apa iya.. mhon pencerahan puan

    Reply
    • Januari 28, 2021 at 8:46 pm
      Permalink

      Assalamualaikum Sarah. ada pernah jumpa doktor perawat? untuk diagnos? boleh juga ikhtiar dengan luban.

      Reply
  • Februari 15, 2021 at 4:21 pm
    Permalink

    Assalamualaikum.. saya rasa apa yang puan senarai kan kebanyakan mmg ada.. tapi puan.. adakah sakit lupa seperti yg disenaraikan ada kaitan dengan tumor/ ketumbuhan otak? Mohon pencerahan puan.

    Reply
    • Februari 24, 2021 at 8:35 pm
      Permalink

      waalaikumsalam..
      wallahualam tuan. sebaiknya dapatkan doktor untuk diagnosis.
      luban boleh digunakan untuk alternative, sebaiknya dapatkan doktor untuk kenal pasti masalah.

      Reply
  • Ogos 18, 2021 at 5:50 pm
    Permalink

    Assalamualaikum.. puan,dalam senarai yang puan bg nie adalah tanda sy,sy nie bila sembang2 pasal 1 topik tu tertiba dalam masa tu sy boleh terlupa apa topik yg disembangkan. Adakah sy ada tanda2 penyakit dementia nie?sy kerap jgk sakit kepala,migrain.. angin2 dalam badan,cepat letih.

    Reply
  • September 15, 2021 at 1:22 pm
    Permalink

    kalau ada simptom2 di atas kena berjumpa dengan siapa ya. psychiatrist ,doctor klinik biasa atau ?

    Reply
    • September 16, 2021 at 4:15 pm
      Permalink

      Simptom apa tu? Kalau setakat angin/gastrik doktor saja. Doktor akan bgtau perlu atau tak jumpa psikiatri

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Enjoy this blog? Please spread the word :)