5 Makanan Tidak Sesuai Dimakan Untuk Gastrik GERD ANGIN
Ini sebenarnya adalah ringkasan dari video live DR HAFIZ SULAIMAN yang berdurasi 2 jam. Dr Hafiz Sulaiman ni sebenarnya bekas doktor perubatan. Sejak 2016 beliau fokus membantu mereka yang ada masalah angin, gastrik GERD dan ekzema pulih secara alami dengan perubatan Functional.
Dalam video live tu, dia ada kongsi jenis-jenis makanan tidak sesuai untuk mereka yg ada masalah kembung perut gastrik dan GERD.
Saya ada share info ni di tiktok.
Atau kalau nak tengok video, boleh tonton video ni atau scroll ke bawah baca info yang saya tulis..
Jemput tonton video dibawah, kalau nampak kosong tu. Tunggu kejap dia loading..
1 KANJI DEGIL (RESISTAN STARCH)
Antara contoh kanji degil adalah,
Kanji + banyak serat = Keledek, ubi kayu, oats
Kanji + minyak ( lemak salut kanji,jadi susah nak hadam..)
Kanji + acid ( ada kajian terbaru bila nasi di campur acid mcm cuka akan menjadian ia kanji degil.
Nasi yang di panaskan dua kali ( Bila di panaskan, lepas tu biar sejuk.. molekul kanji dalam itu akan crystallise.
Makanan macam ni..
Memang bagus, kanji degil ini lambat dihadam oleh perut.
Kebaikannya, gula dari kanji itu dilepaskan perlahan-lahan ke dalam darah
Untuk mereka yang ada perut yang sihat, makan kanji degil ni memang bagus untuk kurus dan mereka yang bermasalah gula darah.Tapi untuk mereka yang ada masalah angin dan kembung perut. Makanan macam ni boleh terukkan lagi keadaan.
Sebab.. Jika makanan terlalu lama diusus kecil, kanji yang susah diserap ini menjadi makanan bakteria dan kulat usus kecil. Jika sudah ada masalah hidupan kuman di usus kecil berlebihan ini menghasilkan gas menyebabkan kembung.
Berhati-hati dengan kanji degil yang lain di dalam suplemen juga seperti FOS Fructooligosaccharides (FOS) , GOS dan inulin. Mengambil suplemen prebiotik seperti inulin dan FOS umpama memberi makan kepada bakteria penghasil gas.
Jadi kalau ada masalah angin, elakkan sementara makanan penyebab angin ini..
2 SERAT TAK LARUT
Serat melambatkan penghadaman dan melambatkan penyerapan gula dalam darah.
Untuk mereka yang selalu ada masalah perut, memang kena pantang sementara makanan tinggi serat tak larut. Serat tak larut mencalarkan lapisan pencernaan, terutama mereka yang ada luka atau lapisan perut yg x berapa sihat
3 Air Banyak
Contoh macam sup, bubur.
X semua orang sesuai ambil bubur..
Bila air banyak, penuh perut..
Enzim pencernaan akan jadi cair,
Pencernaan akan jadi lagi susah..
Kalau nak makan bubur pun, jangan ambil banyak-banyak.
4 Lemak Dan Minyak
Orang yang sihat..
Lemak dan minyak akan buat kita rasa cepat kenyang.
Kenapa makanan berlemak dan berminyak tidak sesuai untuk mereka yang ada masalah perut? Sebab… lemak ni dia mengaktifkan mast cell. Mast cell akan mengeluarkan histamin.
Untuk mereka yang ada gastrik.. Perut akan rasa pedih2..loya2.. Pening2.. Pedih ulu hati..
Jadi, kalau orang ada gastrik GERD nak ambil makanan banyak lemak macam sup tulang, pulihkan dulu perut lah..
5 Makanan tinggi histamin dan makanan yang menyebabkan mast cell kita menggalakkan pengeluaran histamin
Makanan yang diperam, dijerukkan, dikeringkan.
Makanan yang dibiarkan lebih 4 jam. Atau lauk semalam. Semalam lauk berbuka tak habis. Lepas tu hari ni kita panaskan lagi.
Makanan yang sedia ada histamin seperti tembikai, terung, koko ( coklat)
Cheese
Dan banyak lagi lah..
Kesimpulan..
Selalunya kita fikir bila gastrik atau angin ni kena makan kerap atau ambil makanan yang mengenyangkan supaya tahan lagi lama. Tapi sebenarnya kita dah menyebabkan perut kita lebih sengsara.
Bagaimana nak baiki perut?
Dr Hafiz Sulaiman guna kaedah functional medicine.
Klik sini jika nak baca
5 R Functional Medicine untuk baiki masalah perut
Selepas ini saya share pula nota ringkasan Dr Hafiz Sulaiman 5 minuman perlu dielakkan dan 3 minuman serasi untuk Gastrik angin dan GERD
Follow saya di tiktok ya…
Link tiktok Laila Raihana