BAHAYA ARSENIK & 4 LANGKAH BUANG RACUN ARSENIK PADA NASI
Post ni saya akan cerita
1 Apa itu arsenik
2 Kenapa kita kena ambil tahu kesan arsenik
3 Jenis beras tinggi arsenik
4 Cara kurangkan kesan arsenik pada nasi
Bila masalah perut sensitif ni.
Roti, mee spaghetti semua tu dah tak boleh makan. Sebab isu gluten.
Masa ni boleh makan nasi dan bihun berasaskan beras saja.
Tapi makan nasi adakah betul2 selamat?
Sebenarnya makan nasi pun ada risiko. Racun arsenik.
TENTANG ARSENIK DALAM BERAS
Arsenik Itu Apa?
Arsenik tu unsur bumi dari batu2, tanah, ada dalam tumbuhan dan juga makanan harian kita.
Beras lagi tinggi arsenik banding makanan lain.
* Mengikut sumber British Nutrition Foundation. Arsenik berkumpul di dalam nasi sehingga 10 kali ganda banyaknya berbanding bijirin lain.
Kenapa Kita Kena Ambil Serius Tentang Arsenik?
Environment Protection Agency EPA telah menghadkan arsenik dalam air kita daripada 50ppb kepada 10ppb pada tahun 2001, ini kerana keracunan arsenik sangat serius.
Kenapa serius?
WHO mengiktiraf arsenik ialah penyebab kanser (karsinogenik), penyakit kulit, dikaitkan dengan masalah sakit jantung, darah tinggi, strok dan diabetes.
Menurut WHO lagi, pendedahan sewaktu kandungan dan awal usia anak-anak memberi impak negatif kepada perkembangan kognitif, kebijaksanaan dan memori serta mati usia muda.
JENIS BERAS APA TINGGI ARSENIK?
Sumber dari British Nutrition Foundation. Arsenik berkumpul di dalam nasi sehingga 10 kali ganda banyaknya berbanding bijirin lain.
Beras perang lagi tinggi arsenik banding beras lain.
Arsenik banyak berkumpul di dalam lapisan Bran dan Germ sesuatu beras.
Beras perang mengekalkan selaput bran, sebab itu beras perang lebih tinggi arsenik berbanding beras lain.
Beras perang ada lebih 80% arsenik tak organik berbanding beras putih. (Sun et al., 2008). Data FDA juga menunjukkan paras arsenik tidak organik ditemui setinggi 160pbb di dalam produk beras perang.
FSA seterusnya meletakkan limit 100pbb sebagai “paras DIJANGKA selamat”.
4 CARA KURANGKAN RACUN ARSENIK DARI BERAS
Realitinya racun arsenik ni susah dielakkan. Jadi, sebaiknya kita usaha kurangkan pendedahan terhadapnya.
1) Pilih beras daripada kawasan pergunungan Pakistan, utara India dan Nepal yang ditemui rendah pencemaran Arsenik. Arsenik yang larut air biasanya banyak terdapat di kawasan penanaman padi yang rendah.
Beras wangi seperti Jasmin (Thailand) dan Basmathi (India) juga didapati mengandungi kandungan arsenik yang lebih rendah (Meharg 2002).
2) Kalau makan banyak nasi, beras putih ialah pilihan lebih sesuai oleh kerana kandungan beras perang asasnya lebih tinggi kandungan arsenik. Bayi terutamanya saya lebih prefer elakkan produk cereal dan kraker berasaskan beras perang.
3) Masak beras dalam air yang banyak (6-10 bahagian air berbanding nasi) kemudian buang air rendaman. Ini mengurangkan 40-60% kandungan arsenik bahaya menurut FDA. Membasuh beras bukan sahaja tidak berkesan mengurangkan kandungan arsenik tetapi mengurangkan nutrien di dalam beras terutamanya beras putih.
4) Masak menggunakan air bertapis kerana menggunakan air tercemar arsenik boleh menepukan lagi kandungan arsenik dalam beras. Ambil perhatian kerana standard air paip negara kita menurut Unit Kawalan Mutu Air Minuman (KMAM) KKM adalah pada paras had dibenarkan iaitu 10ppb (0.01 mg/L)….Pada mereka yang punyai masalah sistem pencernaan dan sakit kronik,
Dr Hafiz Sulaiman selalu berpesan agar pilih yang kurang mudarat terutamanya jika darurat tiada alternatif.
Bila kita ada masalah pencernaan, organ detoks kita biasanya kerja lebih kuat.
Jadi, jangan kita topup dengan beban bahan toksik arsenik ini..
Mungkin kita tak risau jika arsenik yang nampak sedikit itu jika sekali sekala terdedah..
Memanglah badan kita boleh detoks sikit demi sedikit.
Tapi kalau hari-hari masukkan arsenik, badan kita mungkin gagal pulih daripada beban detoks daripada arsenik.
Mencegah selalunya lebih baik daripada merawat.
Toksin macam arsenik ni idealnya ialah “0” (baca ZERO) dan tak diperlukan badan.
Anda ada masalah ekzema, alergik, angin gastrik atau GERD?
Anda patut cuba REDOX ULTRA
maaf sy nk tny..mcm sy ni..sy suka mkn beras..jadinya sy mmg terdedah kpd arsenik ni kan.mcm mn ya sy nk atasi ketagihan tersebut..adakah sy perlu detoks semula.tq
rileks je kalau makan beras putih yg dibasuh bersih2. kalau di kukus lagi baik..ada periuk nasi sugar less di shopee. brand midea. kaedah penanaman dulu2 sgt berkesan buang arsenik ni. diorng panggil beras usang. tapi zaman skng mana ada da orang buat tu. jd ikut je cara yg saya share untuk kurangkan arsenik.