5 Minuman Sesuai Untuk Masalah Gastrik Gerd Ekzema
Pagi-pagi atau masa buat kerja mesti terasa nak minum sesuatu kan.
Sambil cecah-cecah kraker pun best juga.
Tapi sayangnya, bila dalam protokol redox tak boleh makan kraker.
Kena pantang kejap.
Minum pun kena jaga-jaga.
Salah minum alamatnya nak kerja pun jadi tak kena.
Minuman yang tak boleh minum semua dah tahu kan..
Kopi, minuman 3 in 1, teh O, soya, susu lembu, susu oat, air kelapaa dan banyak lagi. Kalau sebut semua nanti ada pula orang yang mengeluh ..
“Habih tu nak minum apa kalau semua benda tak boleh?!”
Eh.. minum air putih kan senang..
Haha.. xda lah saya kata macam tu..
Bosanlah hari-hari minum air putih.
Hah.. disini saya akan kongsikan 5 minuman yang selamat untuk mereka yang ada masalah angin gastrik atau GERD.
Bukan saja selamat, malah sihat juga untuk mereka.
1. SUSU KAMBING ( jika tiada alahan pada laktosa, gula susu)
Casein A1, protein yang terdapat dalam susu lembu Eropah. Warna putih tompok-tompok hitam. Boleh menyebabkan angin dan gastrik pada sesetengah orang.
Sakit perut, keradangan dan sembelit. Bila casien A1 dicerna, beta-casomorphin-7 (BCM-7) dibebaskan dan mengaktifkan reseptor dalam badan dan usus.
Dan menyebabkan sakit perut, sembelit, alergik dan kahak.(1, 2, 3, 4 )
Protein susu casien A2 pula dari susu kambing, susu lembu asli baka asia dan afrika warna kuning, kerbau. Tidak akan menyebabkan angin dan gastrik.
Malah, susu yang mengandungi A2 beta-casein boleh membantu melegakan masalah pedih perut disebabkan gastrik.
Ada artikel menulis jika seseorang yang menganggap mereka tidak serasi dengan laktosa. Sebenarnya ia bertindak balas terhadap beta-kasein A1. (5,6)
Wallahualam.. (Hanya Allah yang tahu).
Ada juga pelanggan Redox saya kata mereka tidak serasi minum susu kambing. Mungkin kerana alahan pada gula susu (laktosa).
Atau bahan-bahan yang ada dalam susu seperti, pelarut, pengawet, bahan pemekat, atau perasa.
Ramai kanak-kanak ada alahan pada produk susu.Tindak balas alahan ini boleh yang mengancam nyawa jika terlalu teruk.
Kesan alahan yang teruk seperti: Bengkak di dalam mulut, sakit dada, gatal-gatal, dan susah bernafas.
Nak dapatkan susu kambing organik dan terbaik? Tanpa gula, pengawet, pelarut, filler tambahan dan perasa? Saya sarankan dapatkan SUSU KAMBING ORGANIK SALIC GOAT.
SUSU KAMBING SALIC GOAT. Brand keluaran tempatan ini saya dapat tahu pun dari perkongsian Dato Dr Suriyakhatun.
Saya dan anak-anak amal sejak dari anak sulung sampai anak dah masuk 3 orang kami amal Susu Kambing Salic Goat.
Pernah juga amal susu jenama lain. Walaupun diclaim tanpa susu, tapi kualiti tidak sebaik susu kambing Salic Goat
Susu Kambing Salic Goat dikeringkan menggunakan Spray Dried. Tanpa gula tambahan, tanpa perasa, tanpa bahan pelarut, bahan pemekat dan filler. Hanya 100% asli susu kambing organik dari Netherland.
Sesuai untuk satu tahun dan ke atas..
Order sini >> https://lailaraihana.onpay.my/order/form/salicgoat
2. Rooibos Tea
Teh Rooibos mengandungi flavonoid dan agen antispasmodik yang boleh melegakan sistem penghadaman dan melegakan sakit perut.
Teh Rooibos juga mengandungi Quercetin, flavonoid anti-radang dan antioksidan yang boleh merawat ulser peptik.
Teh Rooibos ialah teh herba tanpa kafein yang kaya dengan antioksidan dan polifenol. Menjadi amalan penduduk di selatan Afrika selama berabad-abad dan menjadi popular di seluruh dunia.
(AWAS)
Walau bagaimanapun, orang yang mempunyai kanser sensitif estrogen, seperti kanser payudara, harus mengelak daripada meminum teh rooibos atau berbincang dengan doktor sebelum mengambilnya.
Satu kajian menunjukkan bahawa meminum teh rooibos dalam kuantiti yang banyak secara kerap boleh meningkatkan enzim hati, yang boleh mengganggu tisu dan fungsi hati. Banyak yang dimaksudkan disini menurut webmd.com adalah 10 cawan setiap hari selama setahun. Saya pun muak kalau hari-hari minum teh rooibos sebanyak ini.
Klik sini>> https://lailaraihana.onpay.my/order/form/rooibostea
3. Teh Bunga Chamomile
Teh chamomile mengandungi minyak pati yang boleh membantu penghadaman dan menenangkan keradangan.
Ia juga dikenali untuk mengurangkan gejala penghadaman seperti sakit perut dan boleh bantu legakan refluks asid dan GERD.
Teh Chamomile juga boleh membantu masalah penghadaman lain seperti: Senak, kejang perut, loya, cirit-birit, mabuk, dan muntah.
AWAS
Anda harus elak minum teh chamomile jika sedang hamil, alah kepada Aster, Daisy, Kekwa, atau Ragweed. Dan elak jika anda minum banyak teh chamomile yang sangat pekat.
Chamomile boleh menyebabkan rasa mengantuk, jadi anda tidak boleh mengambilnya dan memandu.
4. Jus Apple ( slow juice )
Apple antara buah yang mesti pada mereka yang perut sensitif. Tapi elakkan minum terlalu banyak kerana mengambil gula semula jadi buah dengan banyak mungkin memudaratkan. Sebaiknya ambil apple yang bukan GMO.
5. Susu Badam (Susu Almond)
Susu badam sesuai dengan mereka yang ada gastrik kerana ia bersifat alkali dan kurangkan pedih perut.
Badam juga boleh membantu meneutralkan asid perut.
Walau bagaimanapun, sesetengah orang menghadapi masalah mencernanya, dan minyak badam boleh mencetuskan gas atau kembung.
Kesimpulannya, walaupun selamat diminum. Tidak semestinya serasi untuk semua orang. Lihat juga bahan-bahan ramuan yang digunakan.
Ambillah secara bersederhana. Apa- apa makanan di muka bumi ini yang dikatakan selamat jika diambil secara keterlaluan boleh memudaratkan.
Sama juga minum air putih, minum secara berlebihan boleh menyebabkan kematian. Water intoxication, overhydration, atau hyponatremia.
Sumber rujukan :
1.https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4586534/#:~:text=True%20lactose%20intolerance%20(symptoms%20stemming,the%20gastrointestinal%20tract%20and%20body.