gerd gastrik angin

11 Jenis Makanan Perlu Elak Jika Angin Gastrik

Setiap kali sesi coaching, pelanggan pasti akan kata

” Ohhh.. patutlah saya asyik angin saja.. Rupanya banyak juga saya salah makan ni”

Sebelum saya pergi lebih lanjut, jika anda keliru apakah dan bagaimanakah masalah angin itu? Boleh boleh baca di post saya sebelum ini.

Klik link

>>Tanda-tanda masalah angin pada mereka yang gastrik dan GERD

Dan post saya 5 Prinsip Membaiki Perut Agar Masalah Angin Hilang.

klik link ini

>> 5 Prinsip Membaiki Perut Agar Masalah Angin Hilang

11 Jenis Makanan Perlu Elak Jika Gastrik

1 Gula Putih, gula perang, minuman 3 in 1, pemanis tiruan

Ramai salah faham, ada yang menganggap gula perang adalah pilihan yang lebih sihat.

Sebenarnya kesan pada kesihatan sama saja. Cuma rasa dan warna gula perang berbeza.

Ada juga salah faham, jika berhenti gula akan menyebabkan paras gula dalam badan sangat rendah.

Sebenarnya jika anda seorang pemakan nasi dan buah. Paras gula tidak perlu dirisaukan.

Yang dirisaukan adalah berlebihan paras gula.

Anda pernah dengar orang tak makan gula jadi pening-pening? Apa puncanya tu? Nanti saya akan jelaskan. Yang pasti jangan lupa follow di FB page.

2 Makanan berasas tepung gandum dan roti

Jika orang dulu-dulu boleh makan gandum,
kenapa sekarang tak boleh?

Makanan yang tinggi gluten kurang nutrisi berbanding makanan gluten free.

Perkara anda perlu tahu tentang gluten akhir zaman.

Gandum zaman sekarang kena spray dengan racun “Roundup”.

Racun round up bukan saja untuk bunuh rumput. Tapi digunakan oleh kapitalis untuk cepatkan hasil tuaian.

Sisa racun rumput tu kalau masuk perut dan usus,
Kita tak perasan sebab sikit-sikit saja..
Tapi lama lama kita jadi sakit.

Demi memenuhi keperluan manusia sejagat.
Permintaan pada gandum semakin meningkat.

Lalu gandum diubahsuai genetiknya.

Gandum zaman sekarang adalah berbaka hibrid.

Gandum yang asli kurang bergluten berbanding yang di hibrid.

Struktur “glu” dalam roti ni susah dicerna.

Gluten dalam roti membebankan dan rosakkan usus.

3 Sayur dan buah yang berangin (nightshade)

Orang tua-tua sudah lama cakna perkara ini. Ia bukanlah suatu mitos. Cuma mungkin penyampaian mereka buat kita keliru.

Sebenarnya bukan sayur atau buah itu yang berangin.

Contohnya labu, labu tidak membawa angin taufan. Dan tidak mengandungi angin.

Tetapi makan labu menyebabkan sel-sel tubuh kita mengeluarkan bahan saraf bernama histamin.

Dan bahan saraf histamin yang berlebihan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Iaitu keradangan.

Keradangan bermaksud gatal, kemerahan, sakit, bengkak atau hilang fungsi.

Masalah keradangan inilah yang biasa orang tua dulu-dulu kata masalah angin.

Jadi apa sayur dan buah yang buat masalah angin?

Sayur
• ulam raja
•ulaman hijau
•kentang
•tomato
•bendi
•peria
•midin
•lobak putih
•cendawan
•kacang panjang
•kacang buncis
•kacang botol
•petola
•terung
•timun
•kacang peas
•pucuk jagung
•kubis
•bayam
•kangkung
•petai
•jering
•brokoli

Buah berangin
•tembikai
•betik
•pisang
•mangga
•nanas
•nangka
•cempedak2
•lemon, oren, limau
•kiwi
•ciku
•mata kucing
•keladi
•anggur
•strawberry
•kundang
•durian

4 Susu lembu dari baka tenusu eropah casien A1

Susu komersial zaman sekarang (lembu tompok hitam putih) ni tak sama susu lembu zaman dulu.

Protein dalamnya lebih tinggi keradangan.

Protein dalamnya juga lebih berisiko sakut jantung berbanding susu lembu baka kurang komersial seperti lembu tempatan kita.

Ramai orang zaman sekarang alergi protein susu lembu.

Tak kurang juga alah dengan protein casein dalamnya ataupun gula laktosa di dalamnya.

Lepas ambil susu jadi kembung, cirit, sakit kepala atau penyakit keradangan seperti ekzema, asma jadi teruk.

Sangat-sangat biasa.

5 Protien Yang Naikkan Histamin

Protien penting untuk memulihkan sel-sel. Tapi sesetengah jenis protien boleh cetuskan keradangan seperti bengkak, gatal dan lain-lain.

Contohnya,telur, kekacang.

Ikan yang tidak boleh dimakan ketika pantang bersalin juga seeloknya dielakkan oleh pesakit gastrik. Ikan yang disembur bahan pengawet.

Ayam dan daging lembu yang diberi antibiotik, dibiar lama di luar peti sejuk atau disimpan pada suhu rendah.

6 Pedas Dan Berminyak

Ada dua soalan yang selalu saya terima isu pedas.

1 Saya dulu selalu juga makan pedas, tapi kenapa sekarang da tak boleh makan pedas?

Jawapan, sebab dulu anda sihat. Sekarang perut dah tak sihat. Sebab itulah dulu boleh makan pedas, sekarang tidak. Jadi, elakkan sementara. Saya sarankan pantang cili selama 6 bulan. Atau selepas betul-betul sihat

2 Saya masak letak cili sikit saja. Boleh kan?

Jawapan, jika perut terlalu sensitif. Sedikit pun boleh jadi masalah besar.
Isunya bukan pedas atau tidak saja. Tapi cili dari kumpulan nightshade.

7 Makanan tinggi logam berat

Berlebihan logam berat dalam makanan boleh menyebabkan Sindrom Leaky Gut.

Dari mana datangnya makanan tinggi logam berat?

1 Ikan laut dalam

2 Makanan yang dimasak dalam kuali/periuk yang terkikis dan calar balar.

3 Air tidak bertapis

selain makanan, logam berat boleh masuk melalui kulit dan udara.

8 Makanan di peram

Makanan yang diperam seperti kicap, budi tempoyak.
Ia mungkin tinggi kandungan probiotik.

Tapi untuk perut bermasalah ia boleh menyebabkan berlebihan bakteria di usus kecil dan perut.

Berlebihan bakteris ini menyebabkan masalah SIBO.

9 Makanan Yang Di Keringkan


Makanan yang sudah dikeringkan seperti ikan bilis, ikan masin boleh menyebabkan kegatalan.

Kurma? Kismis?
Ini pengalaman saya sendiri. Pernah sekali masa tu badan memang tengah tidak sihat. Asyik kawal sendawa dan kentut saja.

Sekali ada makcik ni hulurkan kurma Ajwa pada saya. Menurutnya kurma Ajwa ni dibeli masa melawat Mekah.

Saya pun cuba 1 biji. Lepas makan sebiji. Tekak rasa berlendir. Mungkin sebab masa tu histamin dalam badan memang sudah berlambak.

Ditambah pula makanan yang dikeringkan, walaupun sedikit maka naikkan masalah keradangan..

Jadi boleh kah makan kurma ketika sakit? Kurma itu bagus dan banyak khasiat.

Tapi saya cadangkan makan ketika keadaan stabil dan tidak berangin.

10 Makanan terlalu berserat

Serat yang berlebihan membebankan penghadaman.
Berisiko juga menyebabkan sembelit.

Makanan tinggi serat itu bagus,
cuma tidak sesuai bagi mereka yang perutnya tidak sihat.

Ambillah makanan yang menyenangkan perut untuk menghadamnya.

Bila sudah sihat, terus jaga kesihatan perut dan nikmati makanan tinggi serat.

11 Alkohol Dan Merokok

Sudah jelas lagi bersuluh. Minuman alkohol dan merokok ini memudaratkan.
Rasanya tak perlu ulas lagi.


Makanan Apa Boleh Makan?

Disini saya cerita semua 5R prinsip Functional Medicine.
Remove – Makanan Perlu DIelakkan

Replace – Makanan Boleh Dimakan Dalam Tempoh Membaiki Perut

Repair – Nutrisi perlu untuk baiki perut
Rebalance –
Reinnoculate –

Klik sini

Nak sembuh masalah perut? Ada dua step.

1 Jaga makan. Yang ni wajib. Walaupun apapun jenis produk dan ubatan yang anda makan. Jika tak jaga makan, usaha itu sia-sia.

Anda mungkin akan lega sementara, mungkin sebulan atau dua bulan. Tapi ia akan datang dan datang lagi..

Macam mana cara pantang yang betul? Cara pantang supaya tidak mengalami masalah kekurangan nutrisi?

Saya kongsikan kepada pengguna REDOX ULTRA.

2 Ambil supplemen.

Post lain berkaitan masalah angin

Tanda tanda masalah angin

5 Langkah baiki perut

11 Jenis Makanan Perlu Elak Jika Angin Gastrik

Makanan Yang Boleh Dimakan Untuk Masalah Angin

35 thoughts on “11 Jenis Makanan Perlu Elak Jika Angin Gastrik

  • Wan zaiton

    Banyak nya ..macam semua sayur dan buah tak boleh mkn. BOLEH tak LIST yang boleh di MAkan ..list yg panjang. Saya baru je beli redx ultra..belum sampai..
    Harap dapat share.tqvm

    Reply
  • Susu kambing wildan semasa gastrik boleh diminum tak?

    Reply
  • Rashdah Binti Sukiman

    Klau kerang x bole makan, baik makan kulit kerang. Klau sayur x bole makan, baik makan akar sayur.

    Reply
  • Rahim Sulaiman

    smp semua benda tak leh…aiyoooo

    Reply
  • Slm . sy ada gastrik yg cuma sesak dada dan ada sensasi ingin batuk berdehem tp xda sakit batuk pun. perut x sakit . tp nafas rasa x puas . selalu letih dan mengantuk dan raya melayang² . 1 bulan da makan ubat , skejap ok skejap dtg . ini simptom apa ya ? sy pun mahu tahu diet yg boleh dimakan apa sja . bingung apa nk masak.

    Reply
    • Zaitun Bt Abdullah

      Suami saya ada penyakit gastrik… Tapi dia minum horlicks. Boleh ke minum horlicks? Apakah air yang boleh di minum utk yang ada penyakit gastrik?

      Reply
      • horlick tidak pass puan. yg boleh minum teh bunya telang, teh bunga chamomile, teh rooibos, air lidah buaya (buat sendiri tanpa sorbitol),air selasih.. susu kambing

        Reply
    • Kes saya sama.. tapi xda pun org jawab soalan ni..

      Reply
  • Muhamad khairizam

    Macmana dengan natural yogurt.

    Reply
  • Mohd Nazli Bin Ismail

    Boleh tak puan bagi list makanan apa yang boleh dimakan? Sy susah nak jaga makan sebab mengajar di sekolah pendalaman

    Reply
    • Terima kasih kerana bertanya.. SIBO tu masalah terlebih kuman di usus kecil. Sepatutnya, kuman hanya di usus besar.. Kalau di perut dan usus kecil pun ada kuman. Memang akan bawa angin dan sakit2 juga. ada masa nanti saya cerita lagi, rasanya ramai juga orang dah tulis bab SIBO ni

      Reply
  • Gastric patient boleh tak makan kerang

    Reply
  • Syahmi Muhammad

    tembikai ada blog kata boleh makan, ada kata tak boleh. pisang pun sama. sayuran hijau ada yg kata boleh ada yg kata tak boleh. penghidap GERD dah lah tgh nak lawan stress, baca apa boleh makan apa tak boleh pun jd bertambah stress pening mana satu yg betul ni. pening aaa

    Reply
    • buat food diary, buku kecil pen. lepas tu try. kalau x ok, tulis. kalau ok, tulis dalam senarai ok bila makan. tapi ada makanan, bila time sihat ok je makan. time x sihat tak boleh makan. terus angin. mcm saya, time tak sihat makan tembikai 1 hiris pun boleh muntah. tapi makan masa sihat ok pula. pisang pula, asalkan pisang tu pisang berangan dan ranum. ok je makan. jadi.. test sendiri

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *