Khasiat LubanTips Ibu Dan Bayi SIhat

Luban Makanan Tambahan Ibu Mengandung Dan Menyusu

Apa Itu Luban?

Luban, atau kemenyan arab.
Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Frankincense.

Sejenis getah dari pokok Luban.
Yang tumbuh meliar dikawasan beriklim panas.

Ada lebih 20 spesis luban di seluruh dunia.
Yang selalu kita jumpa di pasaran Malaysia adalah:

  1. Luban Sacra dari Oman ( gred premium berwarna hijau,Green Hojari dan kuning gred kedua)
  2. Luban Serrata dari India
  3. Luban Papyrifera dari Sudan/Somalia

Setiap jenis luban mempunyai kelebihannya.
Kelebihan luban adalah sifat anti-keradangannya yang baik untuk kesihatan saraf dan otak.

Saya lebih gemarkan Luban Sacra Green Hojari.
Kerana kurang rasa pahit dan berbau sitrus (lemon) manis.

Kandungan Asid Boswellik dan Alpha Pinene dalam Luban Sacra lebih tinggi.
Menyebabkan Luban Sacra terutamanya gred Green Hojari lebih mahal dan bersifat anti-keradangan yang lebih baik.

Luban Green Hojari

Bagi mereka yang tidak biasa rasa luban.
Boleh amalkan dengan tablet Ptar Luban.

Ptar Luban

Ptar Luban menggunakan luban dari India.
Banyak kajian Luban Serrata dari India baik untuk otak.


Luban Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusu

Dari buku Zargari A. Herbal Drug.

Luban atau Kondur digunakan secara tradisional
oleh wanita mengandung di Iran untuk bantu pertumbuhan otak janin.

Selain itu, Luban digunakan untuk meningkatkan memori,
daya tumpuan, masalah saraf dan tekanan perasaan
.

Bukan saja di India, sesetengah masyarakat muslim di India juga mengamalkan luban pada ibu mengandung dan menyusu badan.

Antara kelebihan luban pada ibu mengandung dan menyusu badan adalah:

  1. Menghilangkan tekanan atau stress si ibu.
  2. Bantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.
  3. Menyeimbangkan hormon
  4. Bantu pertumbuhan otak janin.
  5. Menguatkan tulang janin.
  6. Baik untuk kesihatan gusi ibu
  7. Kurangkan anxiety atau kegelisahan.
  8. Menurunkan tekanan darah tinggi.
  9. Menurunkan paras gula.

Selain dari memakan atau meminum air luban.
Luban juga boleh dibakar untuk membersihkan udara rumah.

Kepercayaan orang arab, asap luban dapat menghalau anasir jahat.
Selain itu juga, baik dibakar diruangan bilik tidur anak yang demam selsema.

Nak tahu cara bakar luban?

Boleh tonton video saya kongsikan cara bakar luban dengan mudah dirumah.


Cara Mengamalkan Luban Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusu

Minyak Pati Luban atau Minyak Infuse Luban

Anda boleh memilih untuk dapatkan Minyak Pati Luban atau Minyak Infuse Luban.
Minyak Infuse Luban atau Frankincen Infuse oil biasanya dicampur dengan minyak zaiton atau minyak kelapa.

Manakala, minyak pati luban melalui proses hydrodistil.

Minyak Pati Luban yang melalui hydrodistil lebih kandungan khasiat luban.
Dan hanya dengan proses ini dapat mengekstrak Asid Boswellik dan Alpha Pinene dengan baik.

Cara Guna Essential Oil Luban / Frankincense

Minyak Pati Luban Sacra J’s Frankincense and Myrr selamat digunakan terus tanpa dicairkan atau ‘dilute’.

Namun, menurut Persatuan Aromaterapi (2), telah dilaporkan,
penggunaan essential oil tanpa dicampur dengan minyak asas pada

bahagian kulit akan meningkatkan risiko kecederaan dan kesan sensitif pada kulit.

Kerana itu, dengan mencairkan essential oil dapat mengurangkan tindak balas ‘adverse’
kerana memakai essential oil secara berlebihan.

Kualiti Minyak Pati yang dicairkan tidak mengurangkan kualiti minyak pati. ( Boleh jimat $$)

Untuk ibu mengandung, 2% atau 3% essential oil dicampur
dalam minyak zaiton atau minyak kelapa. 

Caranya, tuang 2 tsp minyak kelapa atau zaiton ke mangkuk.
Kemudian titiskan 6-8 titis minyak pati luban.
Gaulkan dan terus disapu.

Macam saya masa mengandung, saya guna minyak kelapa campur
minyak pati sebagai minyak selusuh
.

Kadang-kadang saya gunakan setitik minyak pati tanpa dicairkan.

Disapu belakang tengkuk dan tepi dahi bila rasa pening atau penat.
Cuma jangan amalkan minyak pati luban tanpa dicairkan lebih 3 hari berterusan.

Untuk minyak pati yang telah dicairkan.
Setiap pagi sapu dibawah perut.

Boleh juga disapu di bahagian tubuh lain.

Minyak pati dicairkan dengan minyak kelapa juga
baik untuk pelembap muka waktu malam atau minyak rambut.

Patch Test – ujian ini perlu untuk memastikan si ibu tidak ada alahan dengan minyak pati luban.

Caranya, sapukan setitik pada belakang tangan. Dan lihat kesannya, sekiranya terdapat kesan kemerahan pada kulit. Anda boleh cairkan minyak pati luban dengan minyak asas seperti minyak zaiton, minyak kelapa.

Kunyah

Lain luban mempunyai rasa yang berbeza.
Biasanya semua jenis luban ada rasa pahit.

Luban Green Hojari mempunyai rasa pahit yang ‘boleh diterima’,
pahit itu baik untuk menghilangkan lendir ‘balagham’.

Rasa ‘mint’, berbau manis dan lemon.

Luban dikunyah seperti chewing gum.
Tetapi, elakkan dari menelan getah luban.

Kunyah luban hingga luban hilang rasa pedas berangin atau rasa ‘mint.
Biasanya saya kunyah hingga luban hancur dan melekat di di celah gigi.

Oh yah,saya memang sengaja buat begitu sebab
luban bagus untuk kesihatan gusi gigi.

Disamping bertindak sebagai anti-kuman.
Bau mulut juga jadi wangi
macam gula-gula barli kat jual kedai tu..

Khasiat luban juga dapat diserap terus melalui kapilari darah dalam mulut.
Dan terus di hantar ke saluran darah ke otak.

Bagi mereka yang ingin amalkan Ptar Luban.

Rasa Ptar Luban yang manis kismis dan kurma
lebih memudahkan mereka yang tidak suka rasa pahit luban.

Ptar Luban Ibu hamil

Rendaman Air Luban

Cara membuat air rendaman luban.
Hanya perlukan 1 gelas air putih, sebiji atau dua biji luban asli.

Jika ingin membuat air luban untuk sekeluarga,
boleh rendamkan 5-7 biji luban dalam satu liter air. B

oleh ditambah jika ingin pekatkan air luban.

Rendam semalam, dan kacau untuk sebatikan air luban.
Kemudian dicampur madu atau pemanis semula jadi seperti gula kepala atau gula nira.

Ada juga yang gemar memasukkan luban asli ke dalam Green Tea. (Saya tak pernah cuba, tapi anda boleh ‘try’)


Kesan Sampingan Luban

Menurut MSKCC (Memorial Sloan-Kettering Cancer Center),
terlalu sedikit kesan sampingan luban berbanding ubatan
yang bersifat anti-keradangan yang lain
.

Seperti ubatan steroid dan non steroid yang merawat keradangan.
Tapi dos yang berlebihan mungkin boleh menyebabkan sakit perut, dan reaksi alahan.

Bersederhana lebih baik.
YA! MAKAN APAPUN SECARA BERLEBIHAN BOLEH MEMUDARATKAN.

Oleh itu, para ibu dinasihati.
Fokus pada makanan tambahan FOLATE atau ASID FOLIK.

Boleh didapati dari sayuran hijau, kekacang dan daging.

Pastikan Hb (haemoglobin) anda diparas yang baik,
baru cuba makanan tambahan lain seperti luban. 

Anda pernah amalkan luban ketika mengandung dan menyusu badan?
Cuba anda kongsikan di bahagian komen. 🙂

Rujukan

(1) Zargari A. Herbal Drugs(In Persian). 5 ed. Vol. 1. Tehran: University publication; 1989.

(2) http://ijogi.mums.ac.ir/article_10232_en.html

(3) http://aromatherapyunited.org/injury-reports/injury-reports-2016/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *