Luban Makanan Tambahan Anak Speech Delay
Ibubapa mana yang tidak risau jika anak usia 2 tahun masih belum sebut apa-apa perkataan lagi. Risau sekarang anak autism semakin meningkat, lagi risau bila anak nanti di diognasis sebagai autism.
Tidak semua speech delay disebabkan autism. Ada banyak faktor menyebabkan anak Speech delay. Antaranya:
1. Masalah pendengaran
2. Kurang ransangan bahasa
3. Autism
4. Masalah perkembagan otak
5. Kecederaan dalam otak
Dan…banyak lagi
Disebabkan otak kanak-kanak masih aktif berkembang, maka dengan latihan terapi yang baik dan berterusan pasti dapat bantu atasi masalah ini.
Akan tetapi, terapi tanpa bantuan diet pemakanan yang betul, proses pembelajaran akan menjadi sukar. Ini kerana otak memerlukan tenaga dan nutrisi tertentu untuk memaksa otak melakukan Neuroplastik.
Berbalik pada tajuk utama, Luban Bantu Anak Speech Delay.
Bagaimana Luban Boleh Bantu Anak Speech Delay?
Bagaimana Luban Boleh Bantu Anak Speech Delay?
Saya ambil contoh Khalisha yang mengamalkan Ptar Luban.
Ketika Khalisha mendapat dugaan Epilepsi ketika berusia 4 tahun. Khalisha juga disahkan Doktor mempunyai masalah Speech Delay.
Selain sawan dan speech delay, Khalisa juga terlalu aktif, sukar fokus dan komunikasi dua hala juga kurang baik. Mungkin Khalisa alami masalah Sensory Processing Disorder(SPD).
Ayah Khalisa yang buntu dengan nasib anaknya, cuba mencari jalan dengan mengamalkan Ptar Luban.
Setelah amalkan Ptar Luban, ini perubahan positif pada Khalisha:
1. Mula boleh cakap banyak perkataan
2. Tidak terlalu aktif seperti sebelumnya
3. Mula dengar arahan, dan komunikasi dua hala mula terbentuk
4. Mood juga semakin baik, tidak selalu marah dan mudah menangis seperti sebelumnya.
5. TIDAK SAWAN sejak awal april 2018
NOTA: Khalisha masih teruskan ubat hospital dan mengikuti latihan terapi kerajaan
Kenapa Khalisha Semakin Pulih Selepas Amal Luban?
Otak yang bersifat neuroplastik mempunyai keupayaan untuk pulih jika dilatih dan di rawat dengan baik.
Luban yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dikatakan baik untuk merawat kaitan saraf otak.
Ini kerana, luban yang mempunyai Asid Boswelik bertanggungjawab untuk menghentikan keradangan dalam otak. Maka luban dapat mengelakkan pesakit dari diserang sawan.
Luban yang mengandungi Sesquiterpene bantu meningkatkan penyerapan oksigen ke otak.
Apabila otak dapat menyerap oksigen dengan cukup, sel saraf otak mula tumbuh dan berhubung dengan sel saraf yang lain.
Kerana itu, agak mudah untuk Khalisha mula belajar cakap, mengawal diri dari terlalu aktif dan dapat komunikasi dua hala.
[KLIK SINI : Jika anda mahu tahu tentang Ptar Luban]
Satu lagi kisah sahabat saya Cikgu Hawaira dari Sabah. Beliau mempunyai anak istimewa autism.
“Alhamdulillah.. baru 3 hari saya beri anak autism saya makan Ptar Luban, dia sudah nampak perubahan positif..
Dia sangat banyak bercakap dan beri interaksi dua hala.. sebelum ni dia sangat kurang cakap, dan lemah interaksi dua hala.. ” – Puan Hawaira, Tuaran Sabah
Dan selepas itu, Puan Hawaira konsisten memberikan anaknya Hawairi Ptar Luban.
Selain dari Ptar Luban, Puan Hawaira juga kerap memberi latihan terapi pada Hawairi.
Walaupun beliau sedar autism tidak boleh dirawat. Puan Hawaira tidak putus asa dan terus berusaha melatih dan merawat anaknya untuk lebih berjaya..
Antara perubahan Hawairi
1.Makin banyak bercakap
2.Boleh interaksi dua hala
3.Daya ingatan yang kuat
4.Lebih fokus
5.Boleh menulis (tangan semakin kuat)
6.Jarang demam dan selsema
Apa Itu Luban?
Luban adalah sejenis getah dari pokok spesis Boswellia. Hanya tumbuh dikawasan gurun dan tanah tinggi. Seperti Oman, Somalia, Sudan dan India.
Getah luban digunakan sejak Mesopotamia lagi sebagai merawat sakit sendi, masalah saraf, daya ingatan lemah, kosmetik, minyak wangi dan sebagai kemenyan penyegar rumah. Dan kini permintaan terhadap Luban di seluruh dunia juga semakin meningkat.
MANFAAT LUBAN
- Meningkat Fokus
- Meningkatkan Daya Ingatan
- Meredakan sakit kepala dan migrain
- Skil kognitif
- Mengurangkan stress dan anxiety
- Melindungi organ hati
- Melegakan sakit sendi (Artritis dan Osteoporosis)
- Anti-radang
- Meningkatkan pengeluaran susu badan
- Anti- kanser
- Anti-fungal
- Anti-neoplastik(anti-tumor)
- Anti-bakteria
- Baik untuk kesihatan gusi
- Masalah autoimmune ( Resdung, Asma dan Ekzema)
Jemput tonton video saya menerangkan tentang luban
Luban Untuk Kesihatan Otak
Satu kajian di Universiti Kermanshah tentang kesan luban terhadap bahagain otak hippocampus. Hippocampus adalah bahagian otak yang bertanggungjawab menyimpan memori dan pembelajaran.
Dan apa yang didapati dalam kajian itu, tikus yang mendapat khasiat ekstrak luban mempunyai hippocampus yang lebih besar dari tikus yang tidak mendapat luban.
Dan rami sel saraf otak dalam otak tikus yang mendapat ekstrak luban juga lebih subur dan banyak berbanding kumpulan tikus yang tidak mendapat sebarang ekstrak luban.
Ini menunjukkan, Luban adalah herba yang baik untuk menyuburkan sel saraf otak terutama bahagian hippocampus.
Hasil kajian juga mendapati, Luban melindungi sel saraf otak tikus rosak dari renjatan yang menyerupai keadaan otak yang terkena sawan.
Adakah Amal Luban Ada Kesan Sampingan?
Jika sebut tentang makanan tambahan atau herba. Ibubapa pastinya risau jika ia beri kesan sampingan pada buah pinggang dan organ hati anak mereka.
Tidak jika diamalkan dengan dos yang betul. Ya, Luban juga beri kesan sampingan jika mengambil dengan dos yang berlebihan. Malah luban baik untuk organ hati dan buah pinggang. Namun, bersederhana itu lebih penting.
Luban bersifat sederhana panas. Ia selamat diambil oleh kanak-kanak dan wanita mengandung.
Luban adalah herba makanan tambahan tradisi wanita mengandung dan menyusu oleh masyarakat Iran untuk perkembangan otak anak mereka.
Tapi harus ingat, Luban juga bagus bantu melancarkan peredaran darah. Komplikasi “mungkin” akan terjadi jika pengamal mengamalkan luban secara berlebihan atau diambil bersama ubat pencair darah.
Nasihat saya, bagi wanita mengandung. Pastikan sel darah merah (HB) di paras yang baik. Bagi mereka yang ada masalah kurang darah, seeloknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Kesimpulannya, Luban selamat di amalkan. Namun, masih perlu lebih banyak kajian pengambilan dos Luban yang selamat untuk kanak-kanak dan wanita mengandung. BER’SEDERHANA’LAH.
[Belum ada kajian yang terperinci tentang dos penggunaan Luban secara selamat.]
Bagaimana Cara Makan Atau Minum Luban?
Makan Luban
Luban boleh dikunyah seperti gula-gula getah. Tapi seeloknya elakkan dari menelan getah luban.
Sesetengah mereka akan alami sembelit bila menelan getah luban. [ Belum lagi saya pernah sembelit tertelan Luban]
Bagi yang mengamalkan luban untuk meriahkan susu atau sebagai makanan tambahan. Cukuplah hanya dengan sebiji luban sehari.
Mereka yang amalkan luban untuk tujuan rawatan, boleh amalkan sebiji pagi dan sebiji malam.
Minum Jus Luban
Boleh pilih untuk buat jus luban dengan isipadu besar atau kecil. Saya sarankan, dalam satu liter bekas jag (sebaiknya kaca).
Letakkan 4-6 biji luban dan rendam semalaman atau sehingga air bertukar warna hingga putih susu.
Boleh juga dihancurkan dengan blender atau dengan lesung agar air menjadi putih dengan lebih cepat.
Siapa Boleh Amalkan Luban?
1.Pesakit Sawan
2.Dementia
3.Wanita Mengandung dan Menyusui
4.Kanak-kanak
5.Bayi 6 bulan keatas*
Jangan lupa follow kami eat4brain.com dengan memasukkan email di borang bawah. Atau follow page FB kami.
Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut produk Luban. Jemput klik link dibawah
Sy ade pertanyaan..ank sy berumur 3 thun yg speech delay yg menghidap infantile spasms,boleh mkn Luban ni ke..lg satu disebab kn die masih kcik blom pndai mkn ubat berbentuk tablet..ade cara lain ke..nk bg die kunyah pon sy rase pasti die akn telan getah tu..so ade suggestions..
Boleh cuba Ptar Luban, ia berbentuk tablet. chewable. http://www.wasap.my/+601111443043