Ekzema, Resdung, Asma, Psoriasisgerd gastrik anginMakanan Untuk Kesihatan Perut

Jenis Susu Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Ekzema Dan Gastrik

Petua dulu-dulu. Bila gastrik minum susu.
Sebab nak kurangkan asid perut.

Rupanya susu lembu boleh memacu histamin.
Dan histamin menyebabkan angin gastrik.

Lapisan mukosa perut yang tidak normal menyebabkan pesakit gastrik pedih perut.
Untuk GERD pula, asid perut naik ke easofagus.
Gatal-gatal, kulit mula kering jika ada ekzema dan psoriasis.
Cirit birit atau mungkin sembelit juga boleh berlaku.

1 SUSU LEMBU BERPROTIEN BETA CASIEN A1

Kebanyakan susu lembu formula, susu UHT, susu segar dipasteur di pasaran adalah jenis casien A1.
Kecuali kalau susu lembu itu dimaklumkan ianya susu casien A2.

Apa beza susu casien A1 dan casien A2?

CASEIN A1

Dihasilkan lembu baka holstein friesian yang terdapat di New Zealand, Australia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Baka ini menghasilkan susu lebih banyak maka lebih sesuai dikomersialkan.
Dikatakan mengalami mutasi secara semulajadi.
Satu poin mutasi gen, PROLINE pada susu A2 bertukar kepada HISTIDINE  dalam susu A1.

.

CASEIN A2

Jenis susu A2 adalah baka lembu Guernsey dan Jersey jenis lembu dari Asia.
Susu kambing, unta, keldai, biri-biri.

Hasil susu lembu baka A2 biasanya kurang berbanding baka lembu A1.

2 Susu Formula Mengandungi Gula Tambahan, Perasa Tambahan Dan Bahan Mudarat.

Orang yang ada Ekzema, Resdung, angin Gastrik atau gerd. Tidak boleh ambil minuman makanan tinggi gula.
Dalam susu ada gula semula jadi iaitu laktosa.
Pengilang biasa akan tambah bahan- bahan untuk sedapkan, pemekat, dan mudahkan ia larut dalam air.

Cara nak tahu susu ada banyak kandungan gula?

Tengok label bahan-bahan dalam susu.
Bahan yang paling banyak dalam kandungan adalah Bahan yang ditulis pada awal-awal senarai.

Kemudian, cari nama-nama gula tambahan jika ada dalam susu berkenaan.

  • Maltodekstrin
  • Pepejal Sirap Glukosa
  • Sukrosa
  • Gula Perang
  • Pepejal Sirap Jagung
  • Dekstrosa
  • Glukosa
  • Fruktosa
  • Maltosa

3 Susu Pekat

Susu pekat bukanlah susu sebenarnya. Kandungan susu mungkin kurang dari 10%.
Yang ditulis di label krimer tenusu. Susu pekat tinggi kandungan minyak dan gula.

Orang ada ekzema, angin tidak boleh ambil makanan minuman tinggi gula. 
Rasanya tak perlu cerita lagi kan kenapa orang ekzema, angin ni tak boleh ambil tinggi gula.

4 Susu Soya

Soya ni tersenarai dari salah satu “BIG 8” makanan yang menyebabkan alergi.
Senarai Big 8 yang lain macam telur, kacang tanah, susu lembu, kekacang, makanan laut, tepung.

Sebab tu kicap juga tak boleh diambil masa tidak sihat.
Rileks lah.. nanti da sihat boleh la ambil kicap.

5 Susu Beras

Sama ada buatan sendiri atau di kotak, susu beras mungkin mengandungi kadar arsenik yang tinggi.

Terutama susu beras perang. Sebab, beras perang mengandungi arsenik lebih tinggi dari beras putih.

Susu beras untuk bayi bawah setahun? Memang tidak sesuai.
Tapi ada alternatif susu beras untuk yang alah pada susu lembu.

.

Jadi? Susu apa yang boleh diminum?
Kalau baby setahun nak minum susu apa?

Saya kongsikan pada post seterusnya..
>https://eat4brain.com/jenis-susu-kurang-risiko-alergik-bayi-ekzema-angin-gastrik/”>Klik sini =>> https://eat4brain.com/jenis-susu-kurang-risiko-alergik-bayi-ekzema-angin-gastrik/



Anda ada masalah ekzema, alergik, angin gastrik atau GERD?
Anda patut cuba REDOX ULTRA

Klik Sini =>> Redox Ultra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *