7 Perkara Perlu Fokus Untuk Rawat Ekzema Angin Gastrik

Selain jaga makan, apa lagi kena ambil tahu.

1 Pilih makanan yang tidak menyebabkan keradangan

Keradangan itu maksudnya apa?
– Sakit
-Gatal
-Bengkak
-Kemerahan
-Hilang fungsi

Jadi, ekzema, masalah angin, pedih ulu hati itu semua adalah keradangan.
Kenapa elakkan keradangan?
Untuk beri laluan proses pemulihan pada usus dan perut.

Jaga makan adalah perkara paling asas untuk pulihkan perut.
Ikut prinsip 5R functional medicine.

REMOVE – Elakkan makanan yang sebabkan keradangan
REPLACE – Gantikan dengan makan yang sesuai

Dengan jaga

2 Persekitaran Yang Tidak Sihat

Pernah dengar SICK BUILDING SYNDROME?
Biasanya bangunan pejabat, lapangan terbang, rumah bertingkat..

Kulat hitam di dinding
Minyak wangi, cat, pewangi dalam sabun
Semburan sanitizer
Semburan ubat nyamuk/serangga
Wangian bilik
EMF dari microwave, wifi, pencawang elektrik

Semua ni boleh cetuskan keradangan yang biasanya menyerang pernafasan, emosi dan otak, dan ganggu tidur.

Kesannya berpanjangan.

3 Tidur Awal

Tidur malam awal lagi penting dari cukup tidur

Maksud saya, tidur jam 10 sampai jam 4 lagi baik dari tidur baik 2 bangun jam 8 pagi.

Kenapa tidur awal penting?

Ada 1 kajian yang di siarkan di PLoS ONE, melibatkan pengkaji dari Nova Southeastern University (NSU.)

Mereka dapati, kaitan antara tidur dan kesihatan perut.

Mereka yang kurang tidur senang dapat masalah alergik, masalah psikologi dan Parkinson.

Masalah alergik atau autoimmune berpunca dari banyak sebab. Antaranya, genetik, pemakanan, mungkin atau mungkin pernah mengambil sebarang ubat dan macam- macam lagi.

4 Buang Air Besar

Sebaiknya buang air besar 2 kali sehari.
Kalau tak dapat, sehari sekali da ok.

Kenapa kena buang air setiap hari?
Sembelit, akan menyebabkan usus menyerap semula toksik dari najis.

Kesannya, kulit jadi kering, jerawat, kurang bermaya, ekzema semakin menjadi, pening kepala, dan paling teruk kanser usus.

5 Senaman Ringan

Senaman bagus untuk stabilkan emosi dan rasa tenang. Tapi senaman boleh jadi pedang serampang 2 mata.

Boleh bawa kebaikan, boleh juga menyakitkan.

Senaman berat seperti angkat berat, skipping yang impak tinggi boleh sebabkan pedih ulu hati.

Jadi, pilih senaman ringan saja. Antara senaman yang dibolehkan.

Briskwalk
Light jogging
Ping Shuai Gong https://youtu.be/4nOIvWi4K_8
Berenang
Memanah

Sebelum senaman, elakkan makan berat atau minum terlalu banyak.

6 Cahaya Matahari atau Vitamin D3

Kenapa cahaya matahari penting terutama waktu pagi

1 Sebab nak kejutkan hormon badan. Naikkan hormon cortisol waktu pagi.

2 Kajian yang di siarkan di journal Frontiers in Microbiology, boleh tingkatkan kesihatan perut.

Ultraviolet penting untuk sintesis vitamin D, dimana ia penting untuk kesihatan bakteria dalam usus.
Bakteria ini juga kurangkan risiko penyakit keradangan usus.

7 EMOSI

Marah, dendam, sedih, dengki.. Emosi begini merendahkan tenaga.
Kita manusia biasa, memang normal kita sesekali rasa negetif.

Tapi yang tidak normal jika ia berterusan, hampir setiap hari.
Adakala masa tengah makan, tengah basuh pinggan.

Tiba-tiba rasa hendak marah, terbayang-bayang peristiwa hitam,
terngiang-ngiang suara yang menyakitkan. Sehingga ganggu rutin harian.

Orang yang banyak emosi begini senang dapat penyakit.
Emosi begini juga naikkan histamin.

Jadi bagaimana pastikan kita pulihkan diri dari terus menerus beremosi begini?

  1. Doa dan bermunajat.
  2. Self Hypnosis – https://id.wikihow.com/Melakukan-Hipnosis-untuk-Diri-Sendiri
  3. Teknik Bebas Emosi EFT – https://www.youtube.com/watch?v=GVg50ox8czo
  4. Bina sempadan diri,pastikan tiada siapa mampu menerobos. Elakkan berjumpa dengan orang toksik.
  5. Bersenam

Anda ada masalah ekzema, alergik, angin gastrik atau GERD?
Anda patut cuba REDOX ULTRA

Klik Sini =>> Redox Ultra

Leave a Reply

Your email address will not be published.