gerd gastrik angin

Tanda-Tanda Masalah Angin Pada Pesakit Gastrik Gerd

Jantung jadi berdegup laju, sesak nafas, nafas tak lawas.Susah tidur malam, kerana otak masih aktif berfikir.
Di tambah lagi pula;

  • Risau. Panik secara tiba-tiba.
  • Selalu berfikiran negatif
  • Mudah sentap, sensitif dan mudah marah.
  • Sakit-sakit sendi, terasa berdenyut-denyut, .
  • Badan lenguh tak bermaya.
  • Sebu, pedih ulu hati/dada ketat
  • Rasa nak muntah.
  • Sendawa. Kerap kentut.
  • Perut berbunyi atau usus ada pergerakan.
  • Kerap Sembelit
  • Kadang-kadang cirit-birit terutama jika salah makan.

Bila  GOOGLE gejala yang sedang dialami.
Macam ada masalah jantung
.Macam kanser perut pun ada.

Sebaiknya buatlah ujian kesihatan.
Ia lebih baik daripada kita berteka teki di rumah.
Untuk elakkan kemudaratan yang lebih besar.

1) Jika macam ada tanda sakit jantung.
Sebab simptom banyak pada dada.
Jadi ujian yang dikenakan adalah X-ray, ECG, stres test, ujian darah.

2) Jika gejala yang dihadapi seperti masalah kanser.
Lagi-lagi yang google sakit perut berkait kanser perut, ada juga kanser tekak.
Jadi buatlah ujian darah untuk kanser, Scope atas (OGDS), scope bawah (Colonoscope).

Bagaimana jika doktor sahkan tiada masalah kesihatan serius?
Jika tiada masalah bermakna anda mungkin alami masalah angin.Masalah ini bermula dari perut usus.
Tapi gejalanya boleh melarat ke sendi, bahu, kepala, jantung dan lain-lain.

Ia disebabkan satu bahan kimia saraf di dalam badan.
Bahan kimia saraf ini ialah HISTAMIN.
Dan ia ada di seluruh badan kita.

Bila HISTAMIN ini tinggi disebabkan makanan atau dari persekitaran.
Ini jadikan badan kita jadi lebih SENSITIF.

Mereka yang ada masalah histamin biasanya ada masalah ekzema, asma, resdung, migrain, senggugut teruk, ANGIN, gastrik, GERD, thyroid.

KENAPA BOLEH ADA MASALAH HISTAMIN?
APA KAITAN HISTAMIN DENGAN PERUT?

Saya cuba terangkan secara lebih mudah difahamkan.

Histamin itu bahan saraf untuk sistem pertahanan badan.
Histamin akan bagi maklumat pada sel-sel untuk bertindak balas jika ada “musuh”.

Musuh boleh jadi virus, bakteria, toksik, atau badan dalam keadaan stress.
Kemudian berlakunya keradangan “kebakaran” dalaman untuk hapuskan musuh.

Bila semua musuh dihapuskan. Allah telah jadikan perut manusia boleh mengeluarkan pengurai histamin iaitu enzim Diamine Oxidase agar histamin tidak berterusan meransang sel untuk berperang.

Tapi jika kita ada masalah lapisan perut yang tidak normal.
Perut tidak dapat hasilkan pengurai histamin.

Masalah berlaku bila perut tidak dapat hasilkan bahan pengurai dan histamin berterusan meransang sel-sel membuat serangan.
Macam mana nak baiki masalah perut?

Baca sini..

KLIK SINI >> 5 Langkah Baiki Perut Dengan Prinsip 5R Functional Medicine

Cuba kita lihat apa jadi bila berlebihan bahan kimia saraf histamin di kawasan tertentu.

PERUT

1) Pedih perut sebab asid perut semakin berasid, dan lapisan perut tiada lapisan pelindungan.

2)Pergerakan otot pencernaan yang berlebihan menyebabkan gas terhasil (kembung). Cirit birit kerana usus bergerak laju, menyebabkan air dan zat tak serap maka jadilah .

3) Tekanan pada injap perut-esofagus (LES) yang kawal bukaan isi perut meningkat.

4) RASA TERCEKIK. Bila salah makan, rasa tercekik kat kerongkong. Bila banyak sangat bahan kimia ni dalam badan, minum air pun selalu tercekik dan tersedak.

5) Bengkak di mana-mana salur pencernaan.

6) Gastritis. Ulser mulut, perut, duodenum, usus macam UC.

7) Berak berdarah macam orang ada IBD, Diverticulitis, ulser perut juga. Buasir.

8) Loya dan rasa nak muntah selalu.



TANDA MASALAH ANGIN EAT4BRAIN
Masalah Yang Selalu Di hadapi Orang Masalah Angin Gastrik GERD

PERNAFASAN

1) Salur nafas jadi sempit. Nafas jadi tak lawas dan mudah mengah tak cukup oksigen.
2) Kahak jadi banyak.
3) Salur pernafasan meradang dan bengkak.

  • Hidung boleh bengkak atau ada kutumbuhan.
  • Hingus pun jadi banyak.
  • Sensitif hidung, bersin dan gatal-gatal.
  • Boleh jadi radang sehingga sinus dan terkena kuman (sinusitis).
    .
    .

Jemput baca juga, picit link di bawah

Klik link >> Bagaimana cara merawat masalah angin secara fitrah dan alami

JANTUNG

  1. Rasa berdebar-debar @ palpitation.
  2. Ritma jantung tidak normal. Contohnya: SVT, drop beat dan sebagainya.
  3. Naik tekanan darah. Salur darah yang bengkak dan sempit juga punca tekanan naik.
  4. Tekanan darah turun mendadak: Histamin ni juga boleh kembangkan salur darah cepat-cepat. Kita rasa nak pitam.
  5. VERTIGO

OTAK & JIWA

1) Kerap risau. Mudah panik.
2) OVERTHINKING. Tidak dapat buat keputusan. Tiada pendirian.
3) Gemuruh
4) Obses dengan sesuatu.
5) Terlalu kreatif kerana banyak persepsi dan perspektif akan timbul dengan peningkatan histamin.
6) Cepat sentap dan pemarah
7) Cepat putus asa.
9) Emosi tidak stabil.
10) “Blurr… “. Binggung atau tidak dapat berfikir lebih mendalam atau tepat.
11) Sukar tidur malam.
12) PELUPA
13) Terlebih MANJA. Tak boleh berpisah daripada si dia… Dengan mak, atau isteri
14) Tidak boleh tinggalkan sesuatu tempat sudah biasa.
15) Pertuturan kurang jelas. Terlupa apa yang dituturkan sebentar tadi. Otak berfikir lebih laju daripada lidah. Tiba-tiba menjadi gagap.
16) Pembelajaran terganggu. SLOW LEARNER.
17) Pergerakan kurang cekap. Tersadung, pegang barang boleh terlepas.
18) Susah tidur awal dan kerap terjaga.


.

> Pulihkan Perut Dengan Redox Ultra”>Klik link >> Pulihkan Perut Dengan Redox Ultra
.

SARAF

1) Kebas rasa semut-semut menjalar sepanjang saraf tangan dan kaki. Mungkin berpunca dari bengkak di tengkuk atau bahu. Kebas bawah kaki pula mungkin bengkak tulang belakang bawah atau lumbar
2) Sensitif sejuk atau panas. Terasa badan sejukk atau panas.
3) Gatal atau ruam.
4) Gangguan suhu badan : terlalu sejuk/panas.
5) Gangguan selera : Asyik nak mengunyah (pantang tengok makanan terutamanya yang manis) atau
6) Hilang selera makan.


.
.

SENDI & OTOT

  1. Restles leg, Kaki rasa lenguh tidak selesa.
  2. Tic – Habit @ pergerakan yang tak dapat dikawal. Seperti kenyit-kenyit mata tanpa dapat dikawal. Asyik betulkan kolar baju.. rasa rimas kat leher dengan baju. Pundi kencing mungkin rasa penuh.. Jadi asyik nak ke toilet saja.
  3. Ligamen mungkin mudah longgar. Mudah mendapat kecederaan lutut, bahu, siku, ankle belakang.. Rahang pun boleh terseliuh bila bahan saraf kimia ni tinggi.
  4. Berisiko sakit belakang tengkuk seperti masalah cervical atau lower back..sakit pinggang macam slip disc.
  5. Lutut dan sendi bahu sangat mudah berisiko kecederaan dan akhirnya menjadi osteoarthritis.

> 7 Makanan Tambahan Untuk Angin Gastrik”>KLIK LINK >> 7 Makanan Tambahan Untuk Angin Gastrik

SALUR DARAH DAN PEMBEKUAN DARAH

1) Lebam pada badan, bukan sebab hantu hisap ya.. Mungkin sebab kurang vitamin C atau masalah angin juga.
2) Bintik merah di kaki. Petechiae
3) Bintik merah macam tahi lalat kecil macam pecah darah. Di Tangan atau bahagian dada dan belakang.
4) Hidung berdarah. Biasanya berlaku pada yang dah ada resdung.

Pesanan

Jika ada masalah di atas, sebaiknya jumpa doktor untuk sahkan masalah sebenar anda. Elak mendiagnos diri sendiri. Jika doktor sahkan anda ada gastrik atau angin. Anda boleh memilih untuk cuba kaedah PROTOKOL REDOX. 🙂


JADI, BAGAIMANA CARA ATASI MASALAH ANGIN INI?

Klik sini>> 5 Langkah Baiki Perut Untuk Atasi Masalah Angin

angin GASTRIK GERD bagaimana roti merosakkan perut bahaya gluten cara mengunakan essential oil Frankincense coco OCOC gandum merosakkan perut Harga Coco OCOC ibu mengandung ibu menyusu Luban luban rawatan tradisional sawan Luban Tingkatkan Daya ingatan manfaat luban OCOC OCOC Brain Booster OCOC dr rizal pantang makan gastrik gerd Redox Ultra testimoni OCOC

64 thoughts on “Tanda-Tanda Masalah Angin Pada Pesakit Gastrik Gerd

  • Salam..saya nak tahu macam mana cara nak merawat angin ?

    Reply
      • Assalamualaikum cik laila, saya remaja 20 tahun. Saya ada mengalami beberapa tanda dia atas spt angin teruk, kerap sendawa dan buang angin, perut terasa penuh dan kerap berbunyi wlpn selepas makan, sakit sendi, tak selesa pada tekak, cirit tetapi tak berterusan, sukar tidur dan kerisauan yang melampau. saya ada pergi klinik beberapa kali dan doktor bagitahu saya ada gastrik, saya juga ada pergi scan di klinik sakit puan, dr pun cakap tiada apa apa cuma gastrik dan salah makan. Adakah saya ini ada gastrik gerd ini? Dan apa rawatan yang sesuai untuk saya😭

        Reply
    • Apa yg ditulis semua Kena dgn diri saya .. Ya Allah apabila ia dtg menyerang rasa macam cacing kepanasan serba xkena.. cakap kt orang kita rasa sakit tapi org xtahu xrasa kita sakit macam mana .. Last² nangis sorang² je kalau mlm mnjelma tiba. Sakit yg amat kalau angin naik ke belakang dgn senak ulu hatinya .. Allahu sakit .. Gais tahu tak macam mana nk hilang penyakit ni ? Ke mmg penyakit ni xakan sembuh tapi hnya akan reda je ?

      Reply
  • Sy ad tanda tu, dari sensitif perut, tak semua tpi bnyak jgk la, sy mmg ad gastrik dri kecil lg

    Reply
      • Zalina ibrahim

        Assalamualaikum…bnyk tanda2 merah mcm pecahan darah bwh kulit di bhgian tngan dan bdn…tu tndany saya mengalami pembekuan drh ke?
        Sy juga kerap pedih hulu hati perut sebu/kembung,sakit pada bhgian pinggang,sakit perut trutama bhagian ats ari2…mmng ada gastrik jgk..boleh sy tau bagai mana cara utk mngatasiny..

        Reply
        • pembekuan darah? wallahualam. baik jumpa doktor untuk tahu lebih lanjut. jika ada masalah perut baiklah baiki perut dengan 1. jaga makan 2. supplemen. saya cadangkan supplemen redox ultra

          Reply
          • Vincent

            Saya ada masalah kembung perut asyik kentut kekadang susah nak kentut Dan sendawa pun kerap, dah jumpa doctor, doctor bagi ubat tapi nama ubat lupa lah, doctor sarankan I amik selama setahun, kalau tak boleh jadi ulcer, setiap 2 minggu I beli ubat je rm 56,dah tak mampu, boleh ke cik tolong saya, kekadang kepala mcm nak Jam, doctor kata oksigen tak cukup naik kepala ,lagi pulak I pemandu Teksi, duduk je kerja I sampai sakit pinggang dan lengan kiri kat dada.

          • Boleh diatasi dengan protokol redox dan redox ultra. Kalau sakit pinggang boleh sapu dengan magnesium oil. Whatsapp jika berminat 01111 333 043

          • Tuan rohanita

            Assalam….sy de smua mslh d ats smpikn rse ckup2 stres….dg kdaan bdn yg x bertenaga….pling stres klu anxiety dtg😭

          • Anxiety.. saya sangat sarankan ambil Redox Ultra dan Magnesium Oil
            Boleh whatsapp saya untuk dapatkan 01111 333 043

    • saya ada masalah bila makan rasa sesak nafas dan nak pitam…jantung bdebar2…6 bulan dah terjadi…dulu xpernah macam ni…sekarang makan sedikit sahaja takut nak rasa pitam2…

      Reply
        • Assalamualaikum, saya Ada masalah gementar tangan jika org tgok saya buat keje. Rasa berdebar. Adakah disebabkan oleh masalah Gerd.?

          Reply
          • waalaikumsalam.. teruk sangat ke? mungkin tak.. tapi tak biasa bila orang tgk kita buat kerja. atau hanya gemuruh. jika terlalu mengganggu, cuba tanya psikiatri kalau ia perlukan rawatan.

  • Sya afiq dari rawang selangor sya mengalami angin dan gastrik badan sya tak tentu kadang2 lemah lesu mudah letih nak tido pun agak sukar waktu siang & malam adakah sya mengalami angin dalam bdn yg agak teruk.kepala pun pening² melayang kadang² rasa nak jadi kemurungan pun ada bila sya dpt rasakan.

    Reply
  • yan babe

    Semua ada dgn sy . rupanya sy ada sakit ni

    Reply
  • Muhammad Shauqie Danish Abas

    Ada jugak rasa tidak selesa bahagian dada, selalu nak sendawa, ingat jantung tadi selepas jumpa doktor katanya angin.

    Reply
  • Fildza Lee

    Semua diatas tu saya alami.. susah tido..sesak nafas.. mkn rasa tercekik.. perut rasa xselesa.. rasa mcm nak mati dah pun ada.. pegi doktor cek tak ada apa pun malasah jantung.. stress dibuatnya..

    Reply
      • Saya ada gerd.. Rasa takut sgt.. Selalu fikir M… Tahun lepas ulang alik hospital xde masalah apa pun.. Cuma sakit dada rasa sesak nafas pastu rasa penat.. Skrng jadi balik.. Penat fikir sgt fikir M..

        Reply
        • saya juga ada gerd dan anxiety.. apa saya buat?
          1 jaga makan
          2 supplemen redox ultra dan magnesium..

          2 minggu dah nampak kesan, tapi saya teruskan protokol 2 bulan
          jika nak tahu caranya whatsapp saya 01111 333 043

          Reply
          • Azie Baha

            Salam n.hi… semua symptom diatas ada pada sya..any advice ?? Med history… seorg pesakit SLE with multipe involment, CA Breast complete chemotheraphy & radiotheraphy. On medication includes rawatan steroids.

          • teruskan rawatan yg sedang dijalani. dapatkan support nutrisi penting ketika rawatan. rasanya tiada masalah bila ambil vitamin C dan magnesium. apapun tanya doktor yg merawat dulu

      • Hi, saya nak tanya kenape ye saya selalu sendawa sedangkan waktu makan jaga je. Pagi, ptg n malam, rasa macam perut tak tahan kadang bangun pepagi pun tetiba perut angin. Kadang tu sendawa tapi org ingat saya muntah 😭

        Reply
  • Hadija

    Sya sllu rasa nak munth , rasa semput nafas bhgian hulu hati , nak tarik nafas pun kena tarik hbis , perut kembung sampai ke bhgian hulu hati. Da scan doktor CKP gastrik n bagi ubat. Da makan sampai hbis pun masi juga rasa benda yang sma . Boleh puan bagi cadangan mengenai mslh yang sya hadapi ? Tyou

    Reply
    • Boleh whatsapp saya 01111 333 043

      biasa saya sarankan
      1 jaga makan
      2 supplemen redox ultra dan magnesium oil

      tak tahu nak jaga makan apa? saya akan share full untuk pengguna redox termasuk resepi sekali

      Reply
  • salam.

    saya ade byk tande di atas. dah pg endoscope. n ct scan. doctor kate gastritis. mslh da 2 3 bulan makan ubat, masih lg mcm tu sahaje. sakit dah xde. tp perot berangin tu mmg regular, sejam 2 jam sekali kne makan walau sedikit. kerap terjaga di tengah malam.

    Symptom berkurangan menjelang petang dan malam. dan akan kembali menjelang subuh.
    Kalau x baik, doctor nak cube buat colonoscopy. tetapi masalahnye saya tiada tande2 cirit atau berak berdarah.

    harap dpt beri himat nasihat.

    Reply
    • senang je tuan.. fokus jaga makan, fokus bbaiki perut. benda tu akan pergi. saya cadang baiki perut dengan redox ultra. jika berminat, boleh whatsapp saya laila – 01111 333 043

      Reply
    • Bos buat endoscopy hospital kerajaan ke

      Reply
  • Maisarah

    Aslm Puan , saya maisarah 21 tahun ,
    mmg dalam kategori GERD. Cuma saya nak tahu, adakah setiap pemakanan yang kita ambil akan menyebabkan bahagian dada ,bahu ketiak kanan akan terasa bengkak dan lenguh ?
    Selepas saja saya makan LAMB GRILL bahagian kanan dada bahu tu bengkak

    Reply
    • lamb tu bagus.. tp bila dimasak grill boleh buat angin. masa sakit ni, elok makan lamb sikit saja sebesar ibu jari. cara masak dengan rebus lama hingga lembut. mudah kunyah

      Reply
  • Hai slmt mlm Dr..ini mgenai bapa sy,bapa sy ada masalah sukar bernafas semasa dia tidur..apabila tekan² perut dia,dia akan kembali ok ..hmpir stiap malam dia mhdapi mslh sukar bnafas bgitu..perut dia mgeras..

    Reply
  • Salam sya Sarah 19 thn sya ada kebnyakan dlm otak dan jiwa tu lepas tu sya ada susah nak sendawa jdi perut rasa tak selesa….. Pastu semenjak bulan lepas saya batuk kadang2 muntah balik makanan pastu rasa macam makin teruk sebab rasa tiap2 ari batuk semenjak ni. Sy nk tahu masalah apa yg sy kena sebab tak pergi lagi check .nk tau betul2 apa masalah sy ni kadang2 ada sakit perut ……kawan sy kata sy ada gastrik itu tak tau betul ke tak

    Reply
      • Assalamualaikum Puan, sy mmg penghidap gerd. Setahun sudah sy alami masalah ini. Ubat doktor mcm kurang memberi kesan. Sy sudah berenti merokok tp sy hanya menggunakan vape shj. Mohon bantuan Puan.

        Reply
        • waalaikumsalam.. kalau boleh, vape pun stop juga. bab makan,kena tengok juga. mungkin makanan yg ok sebenarnya tidak serasi dengan kita. sakit ni, makanan sihat tidak semestinya sesuai. sebaiknya tuan ada 1 buku untuk catat semua apa tuan makan setiap hari. dan reaksi yg tuan alami masa tu..

          01111 333 043

          Reply
          • Azlan

            Terima kasih Puan atas perkongsian.

  • Martha

    Umur saya 21 tahun semenjak melahirkn anak badan saya kerap masuk angin. Then this time saya sakit belakang yg tersangat sakit, dalam masa yg sama perut pun kembung,sakit ulu hati,perut bebunyi slalu. Dah 3 hari saya tidak dpt tidur dengan tenang, asyik terjaga. Satu badan saya begegar gara-gara menahan sakit belakang dan menangis. Belakang saya mcm kena cucuk2 jarum besar. Apakah ini? Saya juga baru2 ini emosi tidak stabil,kerap marah anak&laki,kadang menangis tanpa sebab, kadang saya termenung beberapa minit, marah bila kena tegur. Haihhhhhh kenapa dengan saya ni?

    Reply
  • Assalamualaikum, sy ada semua tanda-tanda dia atas, apa solusinya ye?

    Reply
  • sy ada smua simptom dh 7 thun asyik kuar msuk wad sbb ecg x normal..skit dada almost hri2 dh jd mcm org gila..gerd pun ada dh rsa nk bunuh dri dh..

    Reply
    • Nur Sahara

      Saya ada rasa sesak nafas yg kejap okay & kejap datang balik. Saya dah jumpa doktor, kata paru2 saya tiada masalah. Semasa jumpa doktor juga, saya ada kena panggil buat test ecg kerana degupan jantung saya laju ketika itu. Namun selepas buat test ecg, doktor sahkan jantung saya normal. Mungkin kerana waktu itu saya terasa penat kerana badan saya agak rasa lemas apabila hendak berjalan jauh disebabkan nafas saya ini. Saya kena bagi ubat gastrik sahaja oleh doktor kerana kemungkinan sesak nafas saya berpunca dari ketidakhadaman. Adakah saya juga masuk dalam kategori angin dalam badan? Kerana saya juga rasa agak kerap sendawa & bila sendawa, saya rasa sesak nafas tu akan jadi lega sedikit. Sekarang juga saya jadi susah tidur kerana fikiran terganggu oleh perasaan takut akan sesak nafas saya ini.

      Reply
  • Salam,semua penerangan di atas semua ada pada saya,saya dh berbuln dh kene tpi tk baik2 bila pergi kt doktor dia kata benda biasa,tpi hari2 sakit smpai tk tau nak ikhtiar mcm mana lagi

    Reply
  • Hi. Sy dah berjumpa doktor utk check GERD pd selasa lepas (16/8) & diberikan ubat-ubatan. Bila ubat-ubatan habis minggu ni, jadi sy makan ubat yg dibeli di farmasi. Kadangkala ada rasa pedih ulu hati. Dah seminggu masih belum pulih. Biasanya sy bersenam 2 kali seminggu. Sakit tu hilang kejap lepas bersenam. FYI, sy dah jalani ujian darah & ECG beberapa bulan lepas. Doktor kata tiada apa2 serius tp cuma kolesterol tinggi. Ini tanda GERD kronik?

    Reply

Leave a Reply to AdiSuhadi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *