SAYURAN NIGHTSHADE WAJIB PANTANG OLEH ANGIN GASTRIK GERD
Selalunya Dr Hafiz Sulaiman akan bagitau kena pantang 3 perkara ini.
Pantang Utama:
– Roti dan hampir semua jenis tepung.
– Biskut dan makanan proses lain.
– Gula.
Bagi orang yang sensitif mungkin perlu pantang juga ‘buah dari sayur’ nightshade seperti:
– Tomato
– Cili, capsicum, paprika, pepper dan keluarga mereka.
– Ubi kentang. (ubi kayu, ubi keledek kategori keluarga lain)
– Terung.
– Goji beri
– Tembakau
Kesemuanya tergolong dalam keluarga NIGHTSHADES.
APA ITU NIGHTSHADE?
Nightshades merupakan keluarga pokok bunga Solanaceae .
Biasanya, jarang mendatangkan masalah kepada sebahagian besar populasi.
Kajian saintifik berkenaan kesan pengambilannya secara berterusan juga tidak banyak.
Nightshades mempunyai beberapa bahan unik digunakan untuk melindungi diri dari haiwan, kulat, dan serangga.
Ia mungkin toksik bagi sesetengah orang.
Terutama perut sensitif.
Antaranya..
SOLANINE
Solanine dihasilkan untuk tumbuhan ini melindungi diri.
Contohnya, ubi kentang yang dipotong akan menghasilkan solanine dan chaconine menyebabkan tempat yang dipotong bertukar hijau.
Ini kerana ia merasa terancam dan merembeskan solanine yang toksik untuk mempertahankan dirinya dari dimakan.
Jadi, jika ingin membeli kentang. Jangan pilih ubi kentang yang kulitnya ada warna kehijauan ya..
Jika anda ada masalah perut yang sensitif, elakkan sementara memakan kentang.
Solanine dan alkaloid berkaitan menyebabkan peningkatan acetylcholine mengakibatkan kontraksi otot yang berpanjangan.
Ini antara sebab sendi menjadi keras ketika bangun tidur atau duduk lama-lama.
WHO meletakkan maksimum kandungan solanine 20mg sahaja daripada 100gram berat ubi kentang.
Jika berlebihan ia tidak boleh dijual sebagai makanan.
Kesan pengambilannya ialah pada sistem pencernaan dan sistem saraf.
Simtom biasa adalah seperti cirit-birit, sakit perut, loya, sakit kepala, mabuk.
Kajian pada haiwan menunjukkan kesan iritasi usus pada tikus, merosakkan tisu usus dan menyebabkan kerosakan sel hati manusia dalam ujian tabung uji.
Alkaloids, capsaicin dan lectin di dalam nightshades juga merosakkan usus dengan meningkatkan “kebocoran usus” sindrom yang dinamakan “LEAKY GUT”.
.
CAPSAICIN
Merupakan alkaloid dalam pepper dan cili.
Mempunyai kesan anti-angiogenik iaitu menghalang pembentukan salur darah baru.
Terdapat kajian berkenaan suntikan capsaicin ke dalam sendi lutut mengurangkan radang lutut.
Saya secara peribadi berpendapat terapi yang memberi kesan anti-angiogenik lebih sesuai untuk masalah kanser yang membiak dengan membina salur darah baru.
Ini kerana penghasilan salur darah baru merupakan komponen penting dalam penyembuhan.
CALCITRIOL
Merupakan vitamin D yang sangat kuat kesannya berkali ganda berbanding vit D3 (cholecalciferol).
Membantu penyerapan kalsium di dalam usus.
Peningkatan calcitriol tinggi dalam darah menyebabkan badan cuba mengurangkannya dengan cepat.
Caranya badan melonggokkan kalsium berlebihan di tisu lembut (soft tissue) seperti sendi-sendi, tendon, ligament dan juga kulit( scleroderma).
Longgokan calcitriol di buah pinggang boleh mengakibatkan nephrocalcinosis.
Manakala kajian terbaru juga membuktikan di salur darah ia menyebabkan pengerasan salur darah mengakibatkan masalah jantung.
* Atas sebab ini saya sememangnya dari dahulu lagi tidak menggalakkan suplemen kalsium. Aneh juga ada yang mengambil suplemen kalsium untuk masalah kekejangan (spasm/ cramping) walhal KALSIUM MENERUKKAN LAGI KEKEJANGAN. Patutnya guna magnesium..EPSOM salt tu
Ambillah kalsium di dalam makanan sahaja terutamanya sayuran hijau yang sememangnya kaya dengan sumber kalsium.
NIKOTIN
Tembakau itu rokok. Semua pasti sudah tahu akan kesan negatif rokok.
Dan rokok telah diharamkan kerana memudaratkan.
PESAN DR HAFIZ SULAIMAN KEPADA PEMBACA
Jangan kerana artikel ini semata-mata anda mengelakkan makanan dari keluarga nightshades ini (kecuali rokok).
Terutamanya kerana kajian saintifik tentang kesan keluarga nightshades ini amatlah sedikit dan Cuma berasaskan anekdot.
Di samping itu,makanan ini juga mengandungi khasiat seperti antioksida, antiradang dan vitamin serta mineral yang unik.
Ada juga sesetengah orang tidak mengalami masalah calcinosis apabila mengambil nightshades ini.
Faktornya pelbagai tapi kuncinya mungkin kerana kekurangan magnesium dan VITAMIN K2!
Namun bagi yang mempunyai masalah radang, berbaloi untuk mencuba pantang selama 4 minggu dan teliti kesan positifnya ada atau tidak. Sekiranya tiada kesan ketara, mungkin selepas 4 minggu anda boleh cuba sehari melantak sayuran nightshades ini banyak-banyak dan tengok macam mana hehehe..(atas risiko sendiri ye).
Bagi yang merasakan kesan positif pantang nightshades ini, teruskan pantang sehingga anda betul-betul pulih dari radang.
Keadaan tubuh juga menjadi aman dan tenang. Bolehlah memcuba makanan nightshades ini secara beransur.
Jalan ke arah pemulihan penyakit kronik kebiasaannya sukar dan tidak boleh diselesaikan hanya dengan pil, krim dan ubatan. Usaha, pengorbanan, kesabaran dan doa harus seiring. Semoga sakit yang dialami menjadi kaffarah penghapus dosa kita. Ameen.Â
[ Tulisan ini di Copy Paste dari tulisan Dr Hafiz Sulaiman dan diubah-suai oleh Laila Raihana ]
Baca juga topik berkaitan dengan masalah ANGIN GASTRIK DAAN GERD
1. Tanda-tanda masalah angin
2. Baiki perut sensitif dengan PRINSIP 5R
3. Minuman Serasi Untuk Gastrik GERD
Anda ada masalah angin,gastrik dan GERD?
Ekzema, resdung dan alergik..
Maka, anda harus cuba REDOX ULTRA, Produk keluaran Dr Hafiz Sulaiman.
Klik sini >> Baiki perut dengan REDOX ULTRA