Khasiat LubanTentang Luban

Luban Sebagai Rawatan Tradisional Penyakit Sawan

Bagaimana Luban Dijadikan Rawatan Tradisional Penyakit Sawan?

Sawan dikategorikan antara masalah saraf. Masalah saraf disebabkan berlakunya keradangan dalam pusat saraf otak.

Keradangan dalam saraf otak menyebabkan kerosakan sel – sel saraf otak. Lemah daya ingatan, masalah pertuturan, tekanan perasaan, kegelisahan dan banyak lagi berkaitan masalah otak antara cabaran yang dihadapi oleh pesakit sawan.

Luban dikenali sebagai anti- keradangan yang kuat. Disebabkan Asid Boswellik dalam luban mampu menembusi halangan darah dalam otak[1]Asid Boswellik mampu menghentikan atau menghalang keradangan yang berlaku tanpa perlukan steroid [2].

Incencole Acetate dalam luban juga bantu melindungi sel – sel saraf otak dari kerosakan akibat keradangan. Kehadiran Incensole Acetate juga bantu pesakit kurangkan rasa gelisah (anti-anxiety). Dan juga menyuburkan sel saraf otak terutama bahagian menyimpan memori dan proses pembelajaran iaitu hippocampus.

martialartssacramentomindfulnessbrain

Saya ringkaskan disini, manfaat Luban untuk pesakit sawan :

1. Menghalang terjadinya sawan

2. Meningkatkan daya ingatan dan fokus

3. Bantu proses pembelajaran pesakit sawan

4. Kurangkan tekanan perasaan dan gelisah

5. Sakit kepala semakin berkurangan.


 Pesakit Sawan Yang Mengamalkan Luban

Kisah Cikpuan Ili dari Sabah. Kini sudah berusia 27 tahun. Lahir normal dan sihat. Namun, ujian dikurniakan Allah kepada ibubapa dan diri beliau. Disahkan menghidap epilepsi ketika usia 4 tahun.

Epilepsi yang dihidapi beliau menyebabkan kecederaan otak dan masalah pembelajaran.

“Dari 4 hari sebelum raya sampai sekarang(2/8/2018) tiada sawan” – Puan Nora, Ibu kepada Cikpuan Ili.

Sebelum menggunakan minyak pati luban, ketika bulan puasa beliau kerap ‘fit’. Lemah badan dan kegelisahan ‘anxiety’.

Beliau mula mengamalkan Minyak Pati Luban (essential oil) Sacra minggu kedua sebelum raya Aidilfitri. 4 hari sebelum Aidilfitri Cikpuan Ili sudah nampak perubahan positif.

Antara perubahan positif beliau yang diceritakan oleh ibunya. Cikpuan Ili kurang rasa gelisah. Dan tiap kali mendapat ‘aura’ sawan beliau akan menyapu essential oil dibahagian tengkuk, tepi dahi dan menghidunya. Ini dapat mencegahnya dari serangan sawan.

Perubahan yang dialami Cik Puan Ili selepas menggunakan Essential Oil Luban Sacra:

1.Sakit kepala semakin berkurangan

2.Daya ingatan sedikit jelas dari sebelumnya.

3.Serangan sawan dapat dikurangkan (belum sembuh lagi)

4.Masalah kegelisahan (anxiety) dapat dikurangkan

“SEJAK AMAL PTAR LUBAN, KHALISHA TIDAK SAWAN LAGI SAMPAI SEKARANG” Kak Zue, Kuantan

Anak Kak Zue, Khalisha 5 tahun mula kena epilepsy sejak tahun lepas. Tanpa demam panas, anak tiba-tiba kejang dan mata ke atas. Doktor telah sahkan anak epilepsy dan puncanya kerana masalah saraf.

Sudah bermacam ikhtiar Kak Zue dan suami dilakukan. Baik perubatan moden, kampung dan rawatan islam. Tapi masih juga tiada perubahan.

Selain dari sawan, Khalisha juga ada masalah terlalu aktif (sukar dikawal) dan tidak mendengar arahan. Doktor juga sahkan Khalisha ada masalah speech delay.
.
Hinggalah suatu hari, suami Kak Zue google untuk mencari ikhtiar merawat sawan Khalisha. Disitulah mereka mula mengenali herba LUBAN dari produk Ptar Luban.
.
Selepas 10 hari mengamalkan Ptar Luban dari bulan april. Belum pun habis sebotol, Khalisha sudah mula nampak perubahan positif.
.
Antara perubahan ketara pada Khalisha:

1. Dia mula mendengar arahan
2. Tidak terlalu aktif lagi (hyper).
3. Sudah mula bercakap banyak perkataan, walau masih ada sedikit pelat.
4. Dia juga semakin aktif bercakap dan suka bertanya.
5. Sejak amal Ptar Luban bulan april baru ni, Khalisa hingga sekarang belum kena serangan sawan lagi.

Sama-samalah kita doakan agar Khalisha betul-betul disahkan bebas dari epilepsy oleh doktor yang merawat.

[ Penafian : Artikel ini ditulis oleh bukan pengamal perubatan. Luban boleh dijadikan makanan tambahan. Sebaiknya jika ada masalah, sila dapatkan nasihat doktor yang merawat ]


Apa Itu Luban?

Sebenarnya Luban digunakan sejak zaman purba lagi. Luban dikategorikan sebagai herba dan makanan tambahan yang baik digunakan sebagai anti-keradangan. Bersifat sederhana panas.

Selain untuk kesihatan saraf, luban juga dikatakan membantu meningkatkan skil kognitif, memori dan daya fokus otak.

Antara kelebihan luban adalah

1. Meningkatkan fokus
2. Daya ingatan semakin kuat
3. Bantu anak speech delay/teloq/pelat
4. Pembelajaran semakin mudah
5. Masalah migrain berkurangan
6. Baik untuk wanita mengandung
7. Untuk perkembangan otak janin dan bayi (menyusui ibu yang amal luban)
8. Menaikkan mood gembira
9. Kecilkan bengkak atau tumor
10. Meningkatkan penyerapan oksigen ke otak
11. Tingkat imuniti badan
12. Melindungi organ hati
13. Tingkat pengeluaran susu badan
14. Masalah alahan ( Ekzema, asma dan redung)
15. Anti – bakteria


Luban Ada Kesan Sampingan?

Rata-rata mereka yang mempunyai epilepsi risau akan kesan sampingan ubat yang diambil. Lebih- lebih lagi dengan bekalan ubatan konvensional yang mengandungi steroid beri kesan sampingan.

Luban tidak mempunyai kesan sampingan jika diamalkan secara bersederhana. ‘Healing process’ mungkin berlaku pada mereka yang mempunyai migrain dan sawan. Namun, jumlahnya sangat sedikit.

Jika ‘healing process’ berlaku, kurangkan dos. Dan banyakkan minum air putih dan juga makan sumber lemak yang sihat. Seperti mentega asli, minyak kelapa dan lain-lain. Minyak rosak atau lemak sayuran sebaiknya dielakkan.

Luban bersifat sederhana panas. Maka, Ia selamat diambil oleh kanak-kanak dan wanita mengandung.  

Luban juga adalah herba makanan tambahan tradisi wanita mengandung dan menyusu oleh masyarakat Iran untuk perkembangan otak anak mereka.

Kesimpulannya, Luban selamat di amalkan. Namun, masih perlu lebih banyak kajian pengambilan dos Luban yang selamat untuk kanak-kanak dan wanita mengandung. Apapun, dos pengambilan yang baik adalah dengan bersederhana.

Rujukan

1.Krüger P, Daneshfar R, Eckert GP, Klein J, Volmer DA, Bahr U, et al. Metabolism of boswellic acids in vitro and in vivoDrug Metab Dispos. 2008;36:1135–42

2.Syrovets T, Büchele B, Krauss C, Laumonnier Y, Simmet T. Acetyl-boswellic acids inhibit lipopolysaccharide-mediated TNF-alpha induction in monocytes by direct interaction with IkappaB kinases. J Immunol. 2005;174:498–506.

49 thoughts on “Luban Sebagai Rawatan Tradisional Penyakit Sawan

  • Shahbanu bt Mohd Yusuff

    Saya nak tanya kalau makan ubt hospital bolehkah mkn luban ni..ank menghidap sawan dari umur 4 bln hingga sekarang 16 thn …tq

    Reply
      • suliza binti salam

        bole saya tahu mana nk dptkn luban n brpe harganye..anak sy start sawan dr umur 7bulan..sekrng da start mkn ubt sawan..

        Reply
    • Salam Puan. Anak Puan makan ubat hospital tu start dari umur berapa? Perempuan ke lelaki? Bila dah makan ubat hospital, macam mana dengan sawan dia, hilang atau masih ada?

      Reply
    • Huzaifah binti mohd fyros khan

      Saya pun lepas bersalin terus dapat sawan.. Skrg saya mkn ubt hospital juga.. Boleh ker kalau try yg nie?

      Reply
      • boleh puan, cuma jika ada ambil ubat hospital. jangan stop ya, dapatkan nasihat doktor. dan ini cuma supplement alternative

        Reply
        • Azlina

          Sy nk tny ank sy kenak sawan umur 11 thn.. sdh masuk wad tp penyakit sawan belum dpt dikesan.. sawan ank sy nie dtg waktu pagi sekitar jam 2 pagi hingga 4.30 pagi.. sawan dia dtg tdk lama dlm 1 minit paling lama… itu pun berkala mcm seminggu 2@3 kali jak..doktor belum ada bg ubat lg atas sebab penyakit sawan nie belum dpt d kesan.. sdh buat CT scan, mrr, scan jantung, x ray tp masih belum dpt d kesan… Sy nk minta pendapat tuan ttg hal nie.. apa yg patut sy buat

          Reply
          • tidak dapat dikesan punca sawan ke puan? atau belum pasti ini sawan atau bukan? Nak tahu lebh detail mmg kena tunggu result hospital. kadang punca sawan ni sampai bila2 pun xtahu sebab apa. yang saya boleh cadangkan, puan kawal stress dalaman disebabkan dari pemakanan seperti gula, makanan tinggi proses. atau aktiviti yg stresskan saraf otak. amal herba luban sebagai anti keradangan. ambil supplemen magnesium.

          • Macamana saya nak dapatkan produk ini

  • Mohd Nizam

    macam mana nak dapatkan minyak luban tu> beli kat mana?

    Reply
  • Suami ada masalah sawan doktor sahkan ada tumor di kepala

    Reply
  • An-nur

    Hai assalamualaikum. Saya mengalami sawan sejak 3 tahun lepas . Adakah saya perlu menggunakan minyak luban atau saya perlu guna ptar luban? Yang manakah lebih baik untuk sawan saya? Terima kasih 🙂

    Reply
  • Abd ghani bin hashan

    Saya mengalami sawan baru2 ni adakah saya boleh cuba ptar luban ni sebab sawan datang tiba2

    Reply
    • ya, sawan dtng kebanyakan kes tiada sebab. Ada byk kes tidak tahu punca apa. Tapi kita boleh usaha dgn kurangkan keradangan.

      Reply
  • Asalamualaikum, anak perempuan saya mendapat sawan sejak umur 11 tahun hingga kini berumur 22 tahun, dalam 9 bulan lalu dia tidak lagi kena sawan tapi 3 hari yg lalu sakitnya datang semula dan berulang dua hari selepas itu

    Reply
  • Siti Balqis

    assalam ..saya nak no boleh?…saya ade nak tanye.

    Reply
  • Nooridayu Binti Md Yusof

    Assalamualaikum….. Anak saya kena sawan dr umur 8 tahun. sekarang umurnya dah 11 tahun… Hari sabtu mggu lepas datang semula sawannya selepas kena bulan 10 2020. Jadinya apabila dia tidur selepas seharian tidak tdur. Yang saya perasan, sawan dia akan jadi apabila dia terlalu letih dan stress. Bagaiman saya nak dapatkan minyak luban ni yea sebagai ikhtiar selain daripada meneruskan ubat daripada hospital.

    Reply
  • Kalsom Abdullah

    Assalamualaikum… Saye nk tnye anak saye prmpuan umo 16 bln 5 hritue dye kne sawan yg pertama.. diikuti sawan yg kedua bulan 7… saye daa bagi dye ubt ptar luban pon msih jugak aura sawan nye dtg.. dye daa start daa mkn ubt hospital.. kenape yer,, bleh bantu saye tk?? Trime ksih

    Reply
    • Nina

      Assalamualaikum. Mcm mana nak dptkn ubat Luban ni ya

      Reply
  • Ct muhaini

    Mana nak dptkan luban

    Reply
  • Maidin Bin Munawar

    Assalamualaikum. Saya mula diserang sawan ketika berumur 30 tahun. Kini saya sdh mencapai usia 10 tahun. Saya selalu mengalami sawan sebulan 2 kali. Kadang2 seminggu skali. Setiap 3 bulan saya bertemu doktor pakar utk dapat rawatan dan ubat. Bagai mana cara utk saya atasi sawan ini…

    Reply
  • Anita Baranting

    Nak cuba obat ini utk rawat masalah sawan yg di hadapi oleh kawan rapat saya.

    Reply
  • Marjedin madi

    Slm macam mn nak dpt kan ubat luban ni…??dan cara penggunaan nye..sebab adik saya dah dewasa dalam umur 26 tahun…?ade kah boleh sembuh..???

    Reply

Leave a Reply to Laila Raihana Rosslie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *