Minyak Pati Luban

CARA MENGUNAKAN ESSENTIAL OIL LUBAN (FRANKINCENSE)

Trend masyarakat sekarang menggunakan essential oil semakin meningkat. Ada yang mengamalkan untuk tujuan aromaterapi, kecantikan, rawatan dan lain-lain.

Saya tidak menafikan kebaikan essential oil, terutamanya essential oil luban (frankincense) ini. Kerana ada kajian mendapati keberkesanan essential oil ini digunakan sebagai bahan rawatan dan psikoaktif.

Bak tumbuhnya cendawan selepas hujan. Semakin banyak jenama essential oil di pasaran dengan pelbagai harga.

Tapi, adakah ianya asli? Itu menjadi tanda tanya.

Artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana menggunakan essential oil luban (frankincense) dengan betul.


SEBELUM MENGUNAKAN ESSENTIAL OIL LUBAN(FRANKINCENSE), PASTIKAN ANDA BACA INI DAHULU

    • Essential oil Luban (frankincense) adalah kategori minyak pati ‘NEAT’. Bermaksud, ia boleh digunakan dengan cara sapuan terus dengan kadar selamat.
    • Namun, lebih selamat jika essential oil dicampur atau dicairkan dalam minyak asas (carier oil) seperti minyak kelapa, minyak zaiton, minyak jojoba dan lain-lain.
    • Jangan sesekali mengunakan essential oil tanpa dicairkan pada bayi dan kanak-kanak bawah 6 tahun.
    • Meminum minyak pati luban hanya dengan sarankan ahli perubatan.
    • Sebelum menggunakan sebarang minyak pati,  kenal pasti dahulu jika ada alahan pada minyak dengan tepekkan sedikit minyak pada bawah lengan (patch test). Lihat jika ada tanda kemerahan pada kulit. Jika ada kemerahan, boleh dicairkan dengan minyak asas untuk kurangkan kesan tindak balas alahan.

MENGAPA ESSENTIAL OIL LUBAN(FRANKINCENSE) PERLU DICAIRKAN?

Kerana Lebih Selamat

Walaupun Essential oil Luban ( Frankincense) antara minyak pati yang lembut dan boleh dipakai terus (Neat).  Persatuan Aromaterapi telah melaporkan, penggunaan essential oil tanpa dicampur dengan minyak asas pada bahagian kulit akan meningkatkan risiko kecederaan dan kesan sensitif pada kulit.
Kerana itu, dengan mencairkan essential oil dapat mengurangkan tindak balas ‘adverse’ kerana memakai essential oil secara berlebihan.

Lebih Menjimatkan

Bukan saja menjimatkan duit poket anda, sebab 10 ml boleh digunakan lebih lama. Malah dapat menjimatkan sumber alam yang hampir pupus.
Tahukah anda, luban antara pokok yang dipelihara oleh UNESCO? Dikatakan semakin tinggi permintaan dunia terhadap luban.
Menyebabkan penoreh getah semakin rajin menoreh. Pokok getah yang kerap ditoreh akan menyebabkan pokok itu rosak, tidak mampu menghasilkan getah lagi. Jika getah terhasil pun, mungkin kurang kandungan Asid Boswelik.

Lebih Efektif Dan Tahan Lama

Essential oil sifatnya mudah meruap. Anda boleh cuba dengan menitiskan essential oil Luban (Frankincense) ke tisu. Sekejap saja essential oil ini akan hilang tanpa tinggal kesan. Jadi, tidak 100% essential oil ini akan meresap ke kulit. Oleh itu, bila dicampur dengan minyak asas akan bantu penyerapan lebih baik.


PANDUAN MENCAIRKAN ESSENTIAL OIL LUBAN(FRANKINCENSE)

Cara Guna Essential Oil Luban / Frankincense

Bayi dan kanak-kanak 

  • Bayi 3 bulan dan keatas – 1-2 titis essential oil ke dalam 2 teaspoon / 10 ml minyak asas (0.5%).
  • Bayi 6 bulan ke atas – 3-5 titis essential oil ke dalam 2 teaspoon / 10 ml minyak asas (1%)
  • Bayi 2 tahun ke atas – 6-8 titis ke dalam 2 teaspoon / 10 ml minyak asas (2%)

Remaja dan dewasa 

  • Boleh digunakan terus tanpa di cairkan. 1-3 titis sehari.
  • Elakkan memakai essential oil tanpa dicairkan 3 hari berturut-turut.
  • Kadar kecairan essential oil 3% dan 4%  sesuai digunakan untuk peringkat umur remaja dan dewasa.
  • 5% biasanya untuk mereka yang menggunakan essential oil untuk tujuan perubatan. (Sila rujuk Doktor yang merawat)

CARA MENGGUNAKAN ESSENTIAL OIL

Pewangi kediaman (Disffusion)

Hanya titiskan 2-3 essential oil ke dalam diffuser. Aromaterapi luban akan tersebar ke seluruhan rumah. Kebaikannya, bukan saja memberi ketenangan, malah tingkatkan fokus dan sangat bagus digunakan ketika meditasi, solat dan belajar.

Kaedah sapuan / urutan

Essential oil Luban (frankincense) boleh dijadikan minyak urut untuk sakit sendi atau minyak merawat luka dan gigitan serangga. Dengan cara mencairkan essential oil mengikut panduan di rajah 1.0.

Hidu (Inhilation)

Titiskan essential oil pada sapu tangan atau topeng muka. Menghidu bau essential oil Luban (frankincense) bantu melegakan pernafasan.

Ubat Gigi

  • Essential Oil Luban (Frankincense)
  • Minyak kelapa 15ml
  • Baking Soda*

Boleh digunakan sebagai ubat gigi. Untuk bayi pula, tidak perlu menambah baking soda. Cukup sekadar celupkan kain kedalam minyak kemudian gosok gigi anak.


Artikel seterusnya, saya akan update bagaimana menyapu Essential oil Luban (frankincense) pada bahagian tertentu untuk tujuan rawatan. Seperti masalah migrain, sawan dan lain-lain. Dan juga cara kenal pasti essential oil anda asli atau tidak.

Follow page kami agar anda tidak ketinggalan info dari kami disini

Facebook page EAT4BRAIN.com

4 thoughts on “CARA MENGUNAKAN ESSENTIAL OIL LUBAN (FRANKINCENSE)

Leave a Reply to zuraidah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *